Sunday, 16 December 2012

Kejam ! Beruang Di Bakar Hidup-hidup !



Sekumpulan penduduk sebuah kampung berkumpul dan bersorak sewaktu melihat seekor beruang yang sedang berusaha menyelamatkan diri dengan memanjat pokok daripada dibakar hidup-hidup oleh penduduk kampung tersebut..Beruang tersebut dikatakan mengalami kecederaan yang teruk selepas dibakar hidup-hidup oleh penduduk kampung tersebut..



Penduduk kampung yang terletak di Kashmir yang bersempadan diantara India dan Pakistan tersebut cuba membakar beruang yang sedang berusaha menyelamatkan diri dengan memanjat pokok..

Kejadian kejam terhadap binatang tersebut berlaku pada hujung bulan lepas yang menyebabkan kemarahan masyarakat global tentang kebebasan hidupan liar untuk terus hidup..

Berita yang dipaparkan dalam media dan akhbar-akhbar antarabangsa mengundang reaksi marah selepas video yang memaparkan beruang yang tidak berdaya cuba untuk menyelamatkan dirinya dari perbuatan kejam dibakar oleh penduduk kampung..

Beruang itu dikatakan menyerang sebuah rumah sebelum melarikan diri dengan memanjat pokok..Kemarahan penduduk menyebabkan mereka bertindk membakar hidup-hidup beruang itu..Bagaimanapun beruang yang cedera teruk itu dikatakan hidup dengan melarikan diri ke dalam hutan..

Konflik antara binatang dan manusia untuk terus hidup semakin meningkat di India..Menurut laporan, di selatan Kashmir sahaja, pegawai-pegawai hidupan liar berkata 19 orang telah kehilangan nyawa dan lebih 200 cedera dalam serangan haiwan sejak dua tahun yang lalu..

Video Kejam Beruang Cedera Dibakar Hidup-Hidup


Artikel Berkaitan: Lelaki Hampir Maut Beruang Makan Orang !





6 comments:

  1. sampai hati diaorang..beruang tu mesti derita..jahat nya

    ReplyDelete
  2. bila ramai2 macam ni
    memang ada yang ambil kesempatan buat perangai dan lepaskan geram

    ReplyDelete
  3. x sanggup KA nk tgk vid ni

    ReplyDelete
  4. hai.. kejam betul perbuatan manusia ni, kalah-kalah perangai binatang...

    ReplyDelete
  5. dalam undang2 manusia, haiwan yg membunuh manusia akan dibunh.. tp lau manusia yg membunuh haiwan xda tindakan ke??? x adil... haiwan lau xganggu diaorg, diaorg xkan ganggu kite.. sah2 haiwan xda akal.. yg ada akal xnk guna.. xtau nk pggil manusia atau haiwan lau mcm ni..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...