Monday 17 December 2012

Ops! Macam Mana Kuda Ini Boleh Berada Dalam Train!


Seekor kuda menjadi sensasi di internet setelah dia dijumpai menaiki sebuah train..Video seekor kuda yang menaiki sebuah train mula mendapat perhatian ramai setelah video tersebut dimuatnaik di laman You Tube sejak hari Khamis lalu..! Macam mana kuda tu boleh ada dalam train nie? hehe..




Kuda tersebut dikatakan telah dibawa naik ke dalam train tersebut oleh seorang wanita berambut perang dalam lingkungan usia 20an..

Insiden tersebut mengejutkan kesemua penumpang Subway di Berlin kerana mereka terpaksa untuk berkongsi pengangkutan dengan seekor kuda..(sesuatu yang tidak pernah berlaku di dunia, hahaha)..

Bagaimanapun penumpang yang menaiki train tersebut juga kelihatan amat teruja dengan kuda itu hingga ada yang mengambil kesempatan dengan bergambar dengan binatang tersebut..!

Wanita muda berambut perang tersebut memegang tali yang mengikat kudanya itu sambil beberapa penumpang yang kelihatan agak pelik terus mengambil gambar dan video kuda tersebut..

Video Kuda Di Dalam Train Berlin

Menurut seorang jurucakap S-Bahn (train) wanita dengan kuda tersebut jelas melanggar dasar pengangkutan walaupun perkara tersebut agak lucu..

Seorang lagi jurucakap pula berkata, "seseorang mungkin tersenyum tentang perkara ini tetapi mengikut peraturan pengangkutan kami, ia jelas tidak dibenarkan.." Kuda boleh berbahaya..Bagaimana jika ia terlepas dan S-Bahn tiada ruang untuk haiwan itu"..

Beliau turut menambah,"kami telah memaklumkan polis"..Mereka turut percaya bahawa ia kuda itu kepunyaan seorang rombongan sarkas yang ingin mengumpul derma..!



-metro uk-


4 comments:

  1. pic kuda tu beli tiket tren ada? Ahakssss

    ReplyDelete
  2. x sanggup sy berkongsi coach dgn kuda..mcm la x de lori nak transport kuda ni...

    ReplyDelete
  3. macam mana dia boleh terlepas kaunter tiket yek

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...