4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Penonton Berang Baling Bom Kena Tepat Pada Pemain Bola Yang Sedang Menerima Rawatan ..!


Klik Iklan Untuk Info



Monday, 22 October 2012

Penonton Berang Baling Bom Kena Tepat Pada Pemain Bola Yang Sedang Menerima Rawatan ..!


Kerana berpura-pura sakit ketika menerima rawatan untuk melengah-lengahkan masa permainan, penonton pasukan bolasepak sebuah kelab mengambil tindakan membaling 'bom' (bahan letupan) betul-betul kepada sekumpulan kakitangan perubatan dan seorang pemain yang sedang menerima rawatan di tengah padang bola itu semalam..Akibat daripada letupan tersebut, pemain dan kakitangan perubatan beguling-guling menahan sakit..!




Pemain dari pasukan Anorthosis itu dikatakan sedang menerima rawatan daripada kakitangan perubatan semasa perlawanan menentang Omonia Nicosia di Cyprus semalam..

Akibat berang dengan tindakan berpura-pura sakit, penonton yang marah membaling bom / mercun betul-betul kena pada sekumpulan pemain dan petugas yang sedang memberikan rawatan kepada pemain yang 'injured" di tengan padang bola sepak itu..

Letupan di tengah-tengah padang bola sepak itu menyebabkan pemain dan kakitangan pasukan tersebut tercedera..Kelihatan juga beberapa orang pemain yang sempat menutup telinga ketika itu..

Tidak dipastikan samada orang yang membaling bahan letupan itu telah ditangkap ataupun tidak, tetapi nampaknya perlu ada hukuman tegas untuk mengelakkan perkara sebegini dari terus berulang untuk masa akan datang..



p/s: mungkin taktik sebegini tidak boleh digunapakai selepas ini..mau kena mercun bola..hahaha~





Yahoo News

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist