Saturday 21 July 2012

10 Gempa Bumi Terkuat Dalam Sejarah Dunia


10 kejadian gempa bumi terkuat dalam sejarah yang pernah direkodkan di dunia..

22 Mei 1960 - Chile
Magnitud 9,5 mengakibatkan 2,000,000 orang kehilangan tempat tinggal dan 4,485 orang terbunuh. Tsunami yang dihasilkan menyebabkan kemusnahan pelabuhan Puerto Saavedra sehingga ke pantai.....
Jepun dan Filipina. Gempa juga menghasilkan letusan abu sehingga 6,000 meter selama berberapa minggu.











28 Mac 1964 - Putera William Sound, Alaska
Magnitud 9,2 telah menyebabkan satu kejadian tanah runtuh di Anchorage dan menaikkan beberapa bahagian pulau terpencil setinggi 11 meter. Tsunami yang tercipta mencapai sehingga 67 meter tinggi. Anjakan air secara besar-besaran telah dirasai sepanjang pantai Teluk Louisiana. 

26 Disember 2004 - Off Pantai Barat Utara Sumatera
Magnitud 9,1 telah menghasilkan Tsunami dasyat merangkumi 14 negara Asia dan Afrika Timur. Ia terjadi hasil daripada kesan pertindihan plat tektonik India yang bertembung dengan plat tektonik Burma sehingga mencetuskan gempa kuat. Indonesia mengalami kesan paling buruk dengan anggaran kematian seramai 170,000 daripada 230,000 orang. 


4 November 1952 - Kamchatka

Magnitud 9 yang telah berlaku di gunung berapi yang terletak di Rusia ini telah menyebabkan kerugian berjuta-juta dolar. Ombak besar telah membadai kawasan pantai sehingga merosakkan keseluruhan kawasan pantai dan pelabuhan yang penuh dengan kapal dan bot.

13 Ogos 1868 - Arica, Peru (sekarang sebahagian daripada Chile)
Magnitud 9 gempabumi di lembangan Pasifik ini menyebabkan Tsunami sehingga 16 meter membanjiri pantai. Gegaran dapat dirasai sehingga di La Paz, Bolivia sehingga menyebabkan 25,000 orang terbunuh di bandar Arequipa.

26 Januari 1700 - pantai Pasifik Utara Amerika
Magnitud 9 (dianggarkan) Sejarah gempabumi terbesar yang pernah direkodkan dibenua ini ialah di Pulau Vancouver dimana masyarakat Pachena telah dihapuskan oleh gelombang besar yang merentasi Pasifik sebelum Tsunami besar terhasil telah melanda Jepun keesokan harinya. 

27 Februari 2010 - off Bio-Bio, Chile
Magnitud 8,8 mengakibatkan lebih 800,000 orang kehilangan tempat tinggal. Dikenali sebagai rantau Conception yang direkodkan sabagai pusat kejutan seismik sejak abad ke-16.



13 Januari 1906 - pantai Ecuador
Magnitud 8,8 berpunca daripada laut mati Ecuador dan Colombia, tsunami melanda sepanjang pantai Amerika Tengah hingga ke San Francisco mengakibatkan kematian seramai 1500 orang. 



1 November 1755 - Lisbon, Portugal
Magnitud 8,7 menyebabkan tsunami dan kebakaran hingga membunuh satu perempat penduduk bandar Lisbon pada ketika itu.



15 Ogos 1950 - Assam-Tibet
Magnitud 8,6 yang telah meragut nyawa seramai 1526 orang sehingga menyebabkan banjir besar hasil daripada empangan yang pecah dan telah mengubah lanskap pandangan kawasan tersebut dari udara. Sebayak 70 buah kampung telah musnah kesemuanya di negeri Assam-India ini.






7 comments:

  1. takut pulak meningatkan semua ni..kan?

    ReplyDelete
  2. buu baru ja pulih dari fobia gempa , sampaikan buu kena pergi jumpa pakar psikiatrik , bila tengok balik . waa , jadik takod balik . Relax2 ! :)

    ReplyDelete
  3. nasib baik kita ni duduk dekat malaysia....tak ada gempa...cuma rasa gegaran ja...tuu pun da huru hara kejap...huhu....http://eimah2328.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. tak dapat bayangkan camna suasana masa gempa sbb tak pernah rasa tapi biar lah tak rasa..takut pulak

    ReplyDelete
  5. beruntung kita duduk kat malaysia..dpt bayangkan keaadaanya masa tu..

    ReplyDelete
  6. klau peringkat 7.0 ke atas mmg kira kuat sgt tu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...