Sunday, 28 April 2013

Inilah Wajah Lelaki Kacak Yang Diusir Arab Saudi Kerana Terlalu Tampan


Inilah wajah lelaki kacak yang diusir dari Arab Saudi kerana terlalu tampan..Sebelum ini laporan menyebutkan mengenai 3 orang lelaki yang cukup kacak dan "seksi" terpaksa dihantar pulang dari menghadiri Festival Kebudayaan di Arab Saudi selepas pegawai festival mengeluarkan kenyataan bahawa mereka bertiga mampu untuk menarik perhatian kaum wanita..!


Berita mengenai lelaki kacak yang tersebar meluas di dunia maya itu akhirnya terjawab selepas seorang lelaki arab warga UAE yang tinggal di Abu Dhabi bernama Omar Borkan Al-Gala dilaporkan sebagai salah seorang lelaki tampan yang diusir tersebut..

Dia dikatakan sempat menulis di wall Facebook miliknya "inilah yang ditulis oleh media-media seluruh dunia, lelaki UAE diminta tinggalkan Arab Saudi kerana terlalu kacak" beberapa hari lalu..


Berita mengenainya yang tersebar dengan cepat di serata dunia menyebabkan status Like! di Facebook miliknya meningkat dengan cepat selain ketampanan dirinya menjadi bualan di Twitter..

Cerita mengenai 3 orang lelaki kacak dan tampan tersebut mula tersebar selepas mereka diusir dari Jenadrivah Heritage & Cultural Festival kerana bimbang ramai wanita yang tergoda pada awal April lalu sehingga mendapat liputan meluas media..LoL~


4 comments:

  1. mmg sangat lah kacak. mcm palsu pun ada. lol

    ReplyDelete
  2. part mate paling hensem >.<

    ReplyDelete
  3. rse cam tergoda lak hehe hensem gak lelaki arab ni rupenye

    ReplyDelete
  4. ni baru betul hemsemm semula jadi tak yah cam org korea bedah sana sini mcm bodh jer
    esok kalo kwen anak ikut dna asal gakk

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...