Tuesday, 4 December 2012
Serius! Telur Rebus Ini Direbus Tanpa Menggunakan Air !
Serius, telur rebus ini di rebus tanpa menggunakan air..! Teknologi baru ini membolehkan telur 'direbus' dengan sempurna dalam masa yang lebih singkat berbanding kebiasaanya dan tidak perlu untuk meletakkan ia di dalam air lagi untuk direbus..! Hebat bukan..?
Mogol Gogol adalah kotak telur kadbod yang dibuat dengan lapisan kimia khas untuk membolehkan ia menghasilkan haba apabila diaktifkan..
Ia dibuat menggunakan teknologi dimana apabila kalsium hidroksida, air dan bahan kimia lain dicampurkan, haba akan diwujudkan secara tidak langsung..Ini membolehkan telur ayam tersebut menjadi lebih cepat masak berbanding menggunakan cara tradisional iaitu merebus..
Ia berfungsi setelah tag ditarik dari bekas bahan kimia yang bertindak balas dengan satu sama lain, pakej kecil mula dipanaskan untuk memasak telur yang diletakkan di dalam..Ia hanya memerlukan 2 minit untuk memasakkan telur yang berada didalam Mogol Gogol itu..
Bagaimanapun ia tetap mempunyai kelemahan..Mogol Gogol ini tidak boleh digunapakai semula..Pengguna hanya boleh menggunakannnya sekali sahaja tetapi ia telah dicipta daripada bahan kitar semula untuk mengurangkan pembaziran..!
Nampak macam agak berinovasi dan kreatif juga teknologi ciptaan saintis Russia ini kan..Macam mana, mau ka? haha..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam..baru sempat BW.sesuai digunakan kalau nak camping atau travel mana2..
ReplyDeleteingatkan ciptaan jepun...kreatif juga ciptaan Russia ni yerk....
ReplyDeleteErghh,,,ada bahan kima x bahaya ke? Baik guna air je..huhu
ReplyDeletekalau dah pakai buang, bek guna air je, jimat ckit, ahaks
ReplyDeleteSatu inovasi yang baik... jimat. Tak perlu buang masa, gas memasak dan air.
ReplyDeletex de kesan sampinganm ke???
ReplyDelete