Tuesday 4 December 2012

Rekod Dunia Traffic Jam Paling Panjang Dan Teruk 190km Selama 3 Hari !


Ini merupakan traffic jam paling panjang dan teruk yang pernah dicatatkan di Russia kelmarin..Kesesakan jalanraya yang teruk tersebut mengambil masa 3 hari untuk pulih seperti sediakala..Kesesakan jalanraya tersebut dikatakan sebagai traffic jam yang paling panjang di dunia iaitu mencapai sehingga 190km panjang yang berlaku selama 3 hari beberapa hari lepas..!









Di lebuh raya antara St Petersburg dan Moscow, Russia, kesesakan lalu lintas menjangkau sehingga 200km dan berakhir setelah tiga hari menurut CNN..Kedua-dua bandaraya ini merupakan bandaraya yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi di Russia..

Tiga kaki salji menyebabkan kesesakan lalu lintas yang mungkin paling teruk di dunia berlaku di Lebuh Raya M-10, yang bermula pada hari Jumaat berterusan hingga Ahad lalu, menurut berita Rusia, RIA Novosti..

Kesesakan jalanraya tersebut menyebabkan kebanyakan rakyat Rusia telah menggunakan rangkaian sosial untuk mengadu tentang kelewatan pasukan bertanggungjawab untuk bertindak cepat mengatasi traffik jam terpanjang dan paling teruk di Russia ini..

Salji lebat yang turun sehingga mencapai ketebalan 3 kaki dalam menjadi punca kesesakan jalanraya paling teruk yang berlaku di kedua-dua buah bandar yang mempunyai kepadatan penduduk tertinggi di Russia itu..

Hal ini menyebabkan kadai-kedai makan, cafe sekitar jalanraya yang sesak itu menaikkan harga makanan dan minuman yang dijual berikutan pengguna jalanraya terpaksa mengisi perut berhampiran jalanraya itu..Bekalan bahan api disekitar jalan traffic jam teruk itu turut kehabisan..

Secara purata sebuah trak hanya mampu bergerak pada kelajuan kira-kira 5-10 sejam @ (3-6 mph) dalam kesesakan jalanraya itu..!

Video Traffic Jammed Paling Teruk Di Russia

AFP

4 comments:

  1. 3 hari??? perghhh sehari pun dh xle...apatah lagi 3 hari

    ReplyDelete
  2. kesian pada mangsa kesesakkan jalan raya tu

    ReplyDelete
  3. 3 hari.. adoi.. untung la hotel2 berdekatan situ..

    ReplyDelete
  4. adoi, kalau jual goreng pisang nie, compen laku, ahaks

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...