Hampir 200 ekor ikan pari secara tiba-tiba terdampar dan menjadi misteri di pesisir pantai Gaza, Palestin..Ramai yang mengatakan bahawa ikan tersebut merupakan rezeki yang diturunkan Allah kepada warga Gaza setelah mereka menderita akibat daripada sekatan yang dilakukan oleh negara Zionis, Israel..
Dia yang turut mengaku terkejut dengan keanehan tersebut menyatakan bahawa warga Gaza terpaksa untuk mendapatkan ikan tersebut dari Mesir dengan harga mahal melalui terowong bawah tanah jika teringin untuk memakan ikan pari sebelum ini..
Menurutnya, ini bukanlah kali pertama ikan terdampar di pantai tersebut, sehari sebelum itu lebih kurang 220 ikan terdampar di pantai tersebut dan dia yakin jumlah tersebut akan bertambah lagi keesokan harinya..Ternyata tekaannya tepat..!
"Hari ini Allah menyediakannya untuk kami..Kini orang kaya atau orang miskin boleh memasak ikan ini dan memakannya dengan nasi ataupun tomato.." ujarnya..
Ikan pari jenis Mobula ini dilaporkan mampu untuk mencapai ukuran panjang sehingga 5 meter serta berat lebih 76 kilogram dan sekilo harga untuk ikan pari ini mampu untuk mencecah harga 6 hingga 7 Shekel..
Di pesisir pantai tempat ikan-ikan pari tersebut terdampar, kelihatan ramai warga Gaza yang sedang memotong ikan tersebut lalu mengangkutnya menggunakan kereta tolak untuk dibawa pulang ke rumah..Kuasa Allah..
Video ikan pari terdampar di pesisir Pantai Gaza
No comments:
Post a Comment