4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Enggan Pindah: Rumah Di Tengah-tengah Jalanraya


Klik Iklan Untuk Info



Saturday, 24 November 2012

Enggan Pindah: Rumah Di Tengah-tengah Jalanraya



Pemilik rumah ini enggan berpindah dan menjual rumahnya sehingga rumahnya terpaksa dibiarkan ditengah-tengah jalanraya untuk memberi laluan kepada projek jalanraya yang sedang dilakukan..!


Luo Baogen yang juga seorang petani dan isterinya adalah tinggal di kawasan kejiranan yang telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada jalan utama menuju ke stesen keretapi yang baru dibina di pinggir bandar Wenling di wilayah Zhejiang..

Imej dramatik rumah Luo telah diedarkan secara meluas di China minggu ini, menjadi isu terbaru antara pemilik rumah di China dan pegawai-pegawai tempatan yang dituduh menawarkan pampasan yang terlalu rendah untuk mengosongkan kawasan perumahan bagi memberi lauan kepada projek-projek pembangunan  utama..

Ketua kampung Xiayangzhang Chen Xuecai berkata dalam satu temu bual telefon Jumaat lalu bahawa perancang bandar memutuskan dimana Perkampungan Luo yang didiami seramai 1,600 orang terpaksa dipindahkan bagi mewujudkan kawasan perniagaan baru yang termasuk kawasan stesen keretapi..Kebanyakan keluarga bersetuju dengan ditawarkan pampasan pada tahun 2007..

Luo baru sahaja selesai 'mengubahsuai rumahnya dengan kos kira-kira 600,000 yuan ($ 95,000) sebelum pihak kerajaan menawarkan pampasan pengambilan tanah dengan tawaran standard bernilai 220,000 ($ 35,000) untuk di berpindah keluar!

Tawaran itu bagaimanapun telah ditingkatkan sehingga kepada 260,000 yuan ($ 41,000)..Bagaimanapun dia yang enggan menerima tawaran tersebut berkeras akan tinggal di rumah yang terletak ditengah-tengah jalan raya itu..! haha!



p/s: kasihan kat dia..kalau blah dapat pampasan tak setimpal..duit yang dah guna bt renovation pun tak lepas lagi..kalau aku pun tak sanggup..~ huhu



7 comments :

  1. tak padan langsung harga pampasan yang ditawarkan

    ReplyDelete
  2. memang ler tak nak kuar...aku pun camtu gak...pampasan yang ditawarkan kurang memuaskan....

    ReplyDelete
  3. ppt lah tak kuar..harga pampasan tak berbaloi..

    ReplyDelete
  4. rendah gila pampasan, patut la xnak pindah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist