Tuesday 25 September 2012

La Tomatina Festival: Festival Baling Dan Mandi Tomato


Festival membaling dan mandi tomato ini diadakan pada setiap Rabu terakhir bulan Ogos setiap tahun..Sebanyak 1 tan metrik tomato yang dibuang di tepi-tepi jalan dikutip dan dibaling diantara satu sama lain oleh peserta festival "la tomatina" ini..



Festival yang diadakan di Bunol berhampiran Valencia, Sepanyol ini dikatakan berjaya menarik seramai 40,000-50,000 orang setiap tahun dari serata dunia dan pada tahun 2012 ini seramai 50,000 orang telah dicatatkan..

Selain itu perarakan, bungapi, muzik dan tarian turut diadakan pada semasa festival ini berlangsung..



Peniaga-peniaga berhampiran festival la tomatina ini bertindak menggunakan plastik untuk melindungi diri dari tomato-tomato terlebih masak yang dibaling oleh peserta..

Peserta yang mengambil bahagian digalakkkan untuk memakai googles dan sarung tangan untuk keselamatan sebelum festival dimulakan dengan tembakan meriam air sebagai isyarat..



Peserta la tomatina ini tidak dibenarkan membawa barangan berbahaya seperti botol, tidak dibenarkan menarik baju peserta lain serta dilarang bergaduh antara satu sama lain..

Festival tomato ini berakhir dengan peserta membersihkan diri masing-masing berhampiran sungai berdekatan..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...