Tuesday 23 October 2012

Pencuci Tingkap Hospital Pakai Kostum Spiderman Semasa Bekerja


Beginilah cara yang dilakukan oleh pihak hospital untuk menenangkan pesakit mereka yang sedang menunggu rawatan di hospital..




Pencuci tingkap di Hospital kanak-kanak Le Bonheur di Memphis, Tenn, baru-baru ini memakai pakaian Spider-Man dalam usaha untuk memberikan senyuman kepada pesakit kanak-kanak..

"Anak 17 bulan saya sedang menunggu untuk dikeluarkan dari hospital apabila dia melihat Spiderman di tingkapnya..dia teruja! Watak Captain America adalah juga ada dan dia datang untuk melawat anak saya.. Terima kasih!" tambah Catherine Davis ibu seorang pesakit..

Menurut NBC News, tiga orang pekerja yang terliba ialah Jordan Emerson, Steve Oszaniec, dan Danny Oszaniec..Mereka semua bekerja untuk American National Skyline, syarikat pembersihan tingkap komersial..

Ini bukan kali pertama watak wira-wira kegemaran kanak-kanak bekerja lebih masa untuk menghiburkan kanak-kanak di hospital..Pada musim bunga lepas, watak Batman yang terkenal telah ke hospital kawasan Maryland dengan menaiki jet-black Lamborghini untuk menghiburkan pesakit kanak-kanak..



Reuters



2 comments:

  1. superhero ni dh retire...so,ni kerja yg paling sesuai untuk mereka

    ReplyDelete
  2. kalau kat malaysia, agak2 nye sapa,
    keluangman???
    cicakman??
    ahaks

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...