Tuesday, 24 September 2013

Rahsia Misteri Segitiga Bermuda


SEGITIGA BERMUDA ( Bermuda Triangle ) memang merupakan sebuah lokasi yang sangat menarik untuk diperbincangkan..Pelbagai isu misteri an rahsia tersembunyi disebalik lokasi tersebut..Lokasi yang telah menelan banyak nyawa, mulai dari cerita tentang kapal laut hingga kepada pesawat yang lenyap tanpa dapat dikesan di perairan Segitiga Bermuda dan menjadi misteri sehingga kini..

Bermuda Triangle Map

Penjelajahan Christopher Columbus

Kisah misteri yang berlaku di sini pernah dicatatkan oleh pelayar terkenal, Christopher Columbus iaitu manusia pertama yang merekodkan tentang misteri Segitiga Bermuda ini, Segitiga yang menghubungkan antara Miami , Puerto Rico, dan Pulau Bermuda diawal penjelajahannya..

Sebutan segitiga " khayalan " pun muncul dan melekat pada perairan tersebut..Ini disebabkan beberapa kapal milik Columbus yang begerak di perairan tersebut terus kehilangan arah dengan jarum kompas kapalnya yang tidak menentu padahal cuaca pada hari itu kelihatan sangat baik..

Dia dan anak-anak kapalnya dilaporkan telah kehilangan arah hampir seminggu sebelum itu tetapi merahsiakan hal tersebut untuk mengelakkan mereka panik..

Tidak jauh dari kapalnya pada suatu malam tiba-tiba anak kapalnya turut dikejutkan dengan kemunculan bebola api yang terjun begitu saja ke dalam laut..Mereka juga menyaksikan lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja..


Flight 19

Salah satu kisah yang terkenal dan bertahan lama mengenai hilangnya pesawat dan kapal-kapal secara misteri ketika melintas di Segitiga Bermuda adalah Flight 19..Flight 19 merupakan angkatan udara dari lima buah pesawat pengebom angkatan laut Amerika Syarikat..

Kisah yang kemudian membuat Segitiga Bermuda menjadi terkenal ini terjadi pada 5 Disember 1945, atau 68 tahun lalu..Pada hari tersebut, lima buah pesawat pengebom Flight 19 berlepas dari Ft. Lauderdale Naval Air Station di Florida diketuai oleh seorang juruterbang berpengalaman iaitu Lt. Charles Carroll Taylor..

Ini merupakan penerbangan rutin selama tiga jam dengan laluan ke timur 120 batu , utara 73 batu, dan kembali semula ke 120 batu menuju markas Tentera Laut..Apa yang menyedihkan hingga kini, mereka tak pernah kembali lagi..!


Dilaporkan kompas miliknya serta kompas cadangan rosak ketika berada di kawasan tersebut sehingga pesawat milik mereka kehabisan bahan bakar sebelum terjunam ke dalam lautan kerana terlalu lama berlegar-legar mencari arah..

Bagaimanapun laporan rasmi yang dikeluarkan menyatakan bahawa peristiwa tragis tersebut berlaku kerana sebab-sebab misteri terutamanya berdasarkan rakaman percakapan para pilot tentang kedudukan mereka yang tidak diketahui berada di mana ketika itu..

Dalam rakaman tersebut terdengar suara perintah dari ketua pilot agar kesemua anak buahnya meninggalkan pesawat masing-masing kerana kehabisan bahan bakar..Saat itu berlaku, beberapa radar darat berjaya mencari lokasi Flight 19 iaitu di sekitar utara Bahamas dan timur pantai Florida..

Malamnya, bermulalah misi mencari dan menyelamat oleh pesawat udara membawa seramai 13 orang kru.. Malang bagi pesawat penyelamat itu, mereka juga turut hilang..! Namun, ada laporan dari kapal tangki yang melintas, terdengar bunyi ledakan hanya 23 minit selepas pesawat penyelamat berlepas..

Peristiwa kehilangan 14 tentera udara dari Flight 19 dan 13 kru dari pasukan penyelamat menyebabkan usaha pencarian secara besar-besaran dijalankan dengan melibatkan ratusan kapal dan pesawat terbang yang melayari ribuan kilometer Lautan Pasifik , Teluk Mexico, dan beberapa lokasi terpencil di Florida tetapi tiada walau setitik pun jejak mayat atau pecahan pesawat yang ditemui..

Apa yang menghairankan, pesawat-pesawat Flight 19 dibuat secara khusus oleh ahli penerbangan dan marin untuk mengahadapi situasi buruk..Pesawat-pesawat itu juga direka untuk dapat mengapung di lautan dalam waktu yang lama maka ketika pesawat tersebut hilang begitu saja tanpa penjelasan yang mencukupi, ia dianggap tidak masuk akal..

Pejabat Angkatan Laut AS kemudian menyebutkan kesemua kru yang hilang mungkin merupakan mangsa cuaca buruk..Bagaimanapun, muncul khabar angin yang menyatakan tentang misteri Segitiga Bermuda, lokasi yang terbentang dari selatan pantai AS ke Bermuda, hingga ke selatan Atlantik, pesisir Cuba dan Santo Domingo..Segitiga Bermuda terus dianggap "keramat" kerana mampu "menghilangkan" pesawat dan kapal laut yang melintas melaluinya..

Selain misteri mengenai pelayaran Christoper Columbus serta Flight 19 ini, pelbagai lagi cerita misteri dan mistik yang banyak berlaku terus menyelimuti kawasan segi tiga bermuda ini dan dipercayai faktor-faktor berikut mungkin penyebab berlakunya misteri Segitiga Bermuda ini..


Alien's Gate


Anda percaya dengan adanya lorong waktu? Banyak isu yang mengaitkan teori lorong waktu dengan Segi Tiga Bermuda..Menurut beberapa penyelidik, dalam kawasan ini disyaki terdapat sejenis gangguan yang berimbas dari atmosfera bumi iaitu berupa lubang di luar angkasa..

Daya tarikan yang tinggi tersebut disyaki sebagai sesuatu yang membuat pesawat tertarik ke lubang tersebut dan tidak dapat keluar lagi kerana daya tarikannya yang sangat kuat..Lubang langit ini juga membuka teori baru mengenai portal gate dengan luar angkasa, yang dikatakan sebagai pintu masuk bagi pesawat -pesawat luar angkasa @ UFO..


Gas Metana


Kisah lain menyebutkan bahawa lautan bermuda merupakan penghasil gas metana terbesar di dunia..Metana adalah sebuah sebatian yang kuat dan pastinya berbahaya..Bahkan metana diakui sebagai gas yang lebih berbahaya dari CO2..Ya , laut memang salah satu penghasil metana paling besar di alam ini selain lapisan ais atau tanah..

Kajian ini sangatlah masuk akal, dan boleh diterima oleh pelbagai pihak..Teori ini sendiri dijelaskan sejak tahun 1981 oleh Badan Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat..Hasil ujian mereka di makmal juga memberikan petanda positif dan penyataan ini boleh diterima oleh akal..


Blue Hole


Anda pastinya sangat kenal dengan istilah black hole..Ya , sebuah lubang besar yang ada di penghujung tata suria yang mampu menyedut apapun yang ada disekitarnya..Bahkan kekuatan black hole sendiri tidak menutup kemungkinan untuk menyedut planet besar seperti Jupiter sekalipun..!

Kononnya katakan di lautan bermuda terdapat blue hole..Lubang besar yang ada ditengah lautan yang mempunyai arus dan kuasa sedutan yang sangat tinggi sehingga ia mampu menarik pesawat yang sedang terbang walaupun dalam radius ratusan kilometer diatas permukaan laut..


Angin Besar


Teori lain muncul dari faktor penyebab bencana alam yang lain, yaitu angin..Di lautan Bermuda diyakini ada sebuah angin yang berkekuatan besar hingga mampu menarik pesawat ataupun kapal yang berada berdekatannya..Hampir serupa dengan teori blue hole yang dijelaskan diatas..

Jika anda pernah menonton filem berjudul Gulliver's Travels yang dilakonkan oleh Jack Black, mungkin anda akan semakin faham dengan teori ini..Jack Black melakukan perjalanan menuju ke lautan Bermuda dan dia ditarik oleh arus dan juga angin besar yang terdapat disana..Memang hanya sebuah cerita fiksyen , tetapi cerita tersebut juga muncul dari desas-desus yang beredar selama ini..


Tongue of the Ocean


Istilah ini juga dikenalil sebagai salah satu faktor misteri dari Segi Tiga Bermuda..Teori lidah lautan ini dijangka penyelidik kerana dipercayai pada Segitiga Bermuda terdapat sebuah jurang didasar laut yang sangat dalam..Mungkin boleh juga dikatakan seperti sebuah lubang raksasa..

Teori ini turut disokong kerana sememangnya dasar lautan Segitiga Bermuda belum pernah diterokai sejauh itu..Pelbagai spekulasi muncul hingga membuatkan nama Segitiga Bermuda semakin sangat misteri..


Sargasso's Sea Monster


Misteri Segitiga Bermuda juga pernah dikaitkan dengan cerita mengerikan mengenai makhluk misteri..Lautan Sargasso yang berada di Bermuda juga menyimpan cerita misteri yang belum terungkap hingga kini..Lautan sepanjang 3650 km dan selebar 1825 km ini dilaporkankan terdapat sejenis spesies yang diyakini sebagai spesies raksasa berbentuk seperti naga laut..

Dalam sebuah peta lautan bernama Carta Marina buatan Olaus Magnus pada abad ke-16, dijelaskan bahawa terdapat sebuah gambar naga berwarna merah yang sedang menyerang sebuah kapal..Titik tersebut merupakan titik dimana laut sargasso berada..Isu ini cepat beredar ketika dilaporkan muncul seekor naga laut di Tanjung Ann, Massachussets, Amerika Syarikat pada Ogos 1917..


Sea of Devil


Sebutan ini juga sering dikaitkan dengan misteri Segitiga Bermuda..Sebutan " lautan iblis " atau " rumah iblis " kerap kali disebutkan untuk menggambarkan Segitiga Bermuda yang sememangnya sudah menelan ramai mangsanya..

Anda percaya dengan dunia mistik? Ya, ia memang suatu perkara yang tidak dapat dijelaskan dengan akal serta bukti-bukti yang sahih..Tetapi cerita mengenai segitiga bermuda yang turut dikatakan sebagai merupakan "sarang" Dajjal @ sang raja iblis menjadi daya tarik tersendiri mengenai segitiga bermuda dari sudut mistiknya..


Pelbagai cerita menarik dan mengerikan menyelimuti SEGITIGA BERMUDA sejak sekian lama lagi..Pelbagai spekulasi muncul seiring perkembangan zaman tetapi misteri lautan ini memang masih menjadi sebuah rahsia yang belum dapat diungkap dan mempunyai daya tarikan misterinya yang sangat kuat ingga kini..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...