Wednesday 17 October 2012

Rekod Dunia Bapa Tertua Umur 96 Tahun Mendapat Anak Kedua


 Pada umur 96 tahun lelaki yang boleh dikategorikan sebagai "atuk" telah menimang seorang cahaya matanya yang kedua pada 2 minggu lepas..Anak yang pertama telah dilahirkan 2 tahun lepas di sebuah kampung di utara India ketika umurnya 94 tahun..! Dia memegang rekod sebagai bapa tertua di dunia lapor media serta berjaya memecahkan rekodnya sendiri..Rahsianya "Saya melakukan hubungan seksual tiga atau empat kali dalam satu malam."katanya..! 




Bercakap ketika berada di rumahnya di Haryana, 31 batu dari Delhi, dia berkata "apa yang boleh dilakukan, ini semua adalah kuasa tuhan, kami memang mahukan anak"..

Isterinya,Shakuntala, 54, separuh daripada umurnya berjaya melahirkan seorang bayi yang sihat pada awal bulan ini di sebuah hospital Kerajaan di Haryana, India Utara..

Raghav Ramjeet yang juga petani menyatakan "Saya telah menjadi petani sepanjang hidup saya tetapi saya mahu mereka berjaya dengan kerjaya yang tinggi kedudukannya"..

Pada umurnya 94 tahun, dia telahpun memegang gelaran sebagai bapa tertua selepas isterinya itu melahirkan anak sulungnya yang diberi nama Karamjit@Bikramjeet..

Dia turut menyatakan bahawa jiran-jiran berdekatan rumahnya ramai yang cemburu terhadapnya dan mereka meminta rahsia daripadanya..Dia menjawab semuanya datang daripada tuhan..

"Saya sihat dan saya menikmati hubungan seks dengan isteri saya..Saya rasa ia amat penting bagi suami dan isteri untuk mengadakan hubungan seks dengan kerap" katanya..


p/s: walaupun dah berumur, steady lagi 'pakcik' nih..haha..


Reuters


10 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...