4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Aneh Gajah Ini Boleh Bercakap Bahasa Korea !


Klik Iklan Untuk Info



Saturday, 3 November 2012

Aneh Gajah Ini Boleh Bercakap Bahasa Korea !



Penjaga-penjaga di zoo di Korea Selatan berharap gajah ini akan menjadi popular seperti psy, bintang pop dari Seoul yang terkenal di dunia dengan Gangnam Style kerana kebolehan gajah tersebut bercakap dalam bahasa korea seperti manusia .!


Koshik, 16 tahun, seekor gajah asia yang tinggal di dalam zoo dikatakan boleh menyebut lima perkataan dalam bahasa Korea yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai "hello", "duduk", "tidak", "baring" dan "baik"..

Gajah itu dikatakan meniru bunyi yang diajar oleh penjaganya walaupun mungkin dia (gajah) sendiri tidak faham apa maksud yang dituturkannya itu..Bunyi yang terhasil itu keluar melalui kerongkong setelah gajah tersebut memasukkan belalainya ke dalam mulutnya..

"Perkara ini sangat luar biasa memandangkan saiz badannya yang besar, saluran vokal yang panjang, dan lain-lain perbezaan anatomi antara gajah dan manusia." kata Angela Stoeger, pakar dari Universiti Vienna, Austria..

Terdapat laporan awal peniruan vokal antara kedua-dua gajah di Afrika dan yang di Asia menurut saintis..Gajah Afrika telah katakan meniru bunyi enjin trak dipersekitarannya, dan gajah jantan Asia yang tinggal di sebuah zoo di Kazakhstan dikatakan meniru bunyi dalam kedua-dua bahasa iaitu Rusia dan Kazakhstan, tetapi kes saintifik itu tidak pernah disiasat..


1 comment :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist