4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Lihat! Panjat Tebing Gunung Curam Untuk Ke Sekolah Setiap Hari !


Klik Iklan Untuk Info



Friday, 5 April 2013

Lihat! Panjat Tebing Gunung Curam Untuk Ke Sekolah Setiap Hari !


Lihat pelajar-pelajar di sekolah ini, mereka terpaksa berjalan jauh dan memanjat tangga setinggi 70 meter di tebing sebuah gunung yang curam jika mahu ke sekolah yang terletak di puncak gunung..!


Beginilah keadaan pelajar sekolah yang tinggal di sebuah wilayah miskin bernama Sangzi, Hunan di China..Mereka terpaksa berjalan jauh serta memanjat sebatang tangga curam setinggi 70 meter dan hampir 90 darjah semata-mata untuk menimba ilmu di sekolah setiap hari..

Bagi kanak-kanak ini, perjalanan yang memenatkan ini hanyalah sebahagian daripada aktiviti harian kehidupan mereka..Kelihatan beberapa orang dewasa yang menemani, membawa beg galas, bekalan makanan dan juga binatang peliharaan mereka bersama dalam perjalanan hanya untuk ke sekolah ini..

Di sini, hanya ada tangga yang didirikan oleh penduduk setempat untuk memudahkan kanak-kanak ini berulang-alik pergi dan pulang ke sekolah setiap hari..Lihat videonya di bawah..Kagum aku tengok semangatnya walaupun agak berbahaya..-Reuters-




1 comment :

  1. Ya Allah..kesiannya...silap haribulan terjatuh...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist