Sunday 28 April 2013

Pembedahan Plastik: 20 Calon Ratu Cantik Korea 2013 Hampir Sama


Korea Selatan sememangnya dikenali sebagai antara negara yang terkenal dengan pembedahan plastik ataupun pembedahan kosmetik..Faktor tersebut menyumbang kepada kontroversi pencarian ratu cantik 2013 Korea Selatan yang mana hampir kesemua calon Miss Korea tersebut mempunyai raut wajah 'comel' yang hampir sama walaupun kecantikan tersebut bukanlah semulajadi..!



Gambar 20 orang peserta ratu cantik Korea itu menerima kritikan ramai pengguna internet yang mengakui bahawa kesemua peserta Miss Korea tersebut menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan lebih cantik dan menawan..

Beberapa komen pengguna di Reddit menyatakan "inilah yang disebut sebagai wajah plastik orang Korea"..Seorang pengguna pula menyatakan "beberapa kawasan di Seoul kamu akan terfikir bahawa semua orang bersaudara kerana kebanyakan wajah mereka hampir sama akibat daripada pembedahan plastik yang dilakukan"..

"Aku tinggal di Korea dan ramai orang-orang tua mengeluh kerana anak-anak gadis Korea kini tidak lagi kelihatan seperti wajah asli orang Korea kerana pembedahan kosmetik itu.." ujar pengguna bernama ForeverTraveling..

Mereka turut dilaporkan mempunyai bentuk mata, hidung hinggalah kepada senyuman yang ketara hampir sama..!

Entri Berkaitan: Awek Korea Minum Darah Untuk Comel

Gadis-gadis Korea yang nampak 'comel' hari ini kebanyakannya dilaporkan kerap menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan lebih cantik dan sanggup menghabiskan wang semata-mata demi kecantikan palsu ala-ala watak kartun anime & barbie..~




6 comments:

  1. iya yah muka nya pada mirip2 hmm

    ReplyDelete
  2. mmg sangat seiras. ini semua fake. lol

    ReplyDelete
  3. iya.. putih dan cantik, biarkan mereka asal depa bahagia no...

    ReplyDelete
  4. semua muka hampir sama.. tapi apa2 pun memang cantik..

    ReplyDelete
  5. cantik tp sepesen jer mukenya..
    kuar dr kilang yg same..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...