Saturday 7 September 2013

Jual Air Kencing Sendiri Di Internet Dapat Sambutan Hangat !


Jangan terkejut sekiranya air kencing yang dijual secara online mendapat sambutan hangat dari orang ramai..! Pelik tapi benar..~

Ini dibuktikan oleh seorang lelaki yang mengiklankan air kencing miliknya di dalam sebuah forum jual beli terkenal bernama Craigslist..

Walaupun bunyinya agak pelik dan aneh tetapi air kencing yang dijual oleh lelaki tersebut mendapat sambutan dari pembeli yang sanggup untuk memiliki air kencing lelaki tersebut..

Inilah air kencing yang dijual Dustin

Pembeli ditawarkan air kencing "bersih" dan tidak tercemar 100% dari apa saja bahan ubat-ubatan menurut penjualnya yang bernama Dustin, berasal dari Florida, di dalam laman jual beli tersebut lapor Local 10..

Air kencing yang dijual dengan harga USD $20 per auns tersebut dipercayai untuk kegunaan pembeli yang mempunyai masalah narkotik serta penggunaan ubat-ubatan yang berbahaya untuk melepaskan diri dari ujian air kencing..

Craigslist sebelum ini pernah menjual barangan pelik dan aneh seperti stokin kaki yang busuk dan semestinya ia turut mempunyai pembeli..! Jangan tanya apa yang dibuat dengan stokin tu..Aku pun tak tau nak jawab..Hahaha..


** bisnes oh bisnes..air kencing pun boleh..LoL..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...