Thursday, 3 October 2013

Trend Baru Orang Kaya: Rokok Daripada Emas 24 Karat


Inilah trend baru orang-orang kaya untuk memenuhi obsessinya terhadap emas..Selepas mencipta makanan yang mengandungi emas, kini ada pula rokok yang dibaluti dengan emas 24 karat..



Kertas rokok bernama Shine Papers ini dilaporkan diperbuat daripada emas 24 karat yang selamat digunakan..Setiap satu bungkus mengandungi 12 helaian kertas emas rokok dengan harga USD $65 serta boleh dibeli secara online..Laporan menyatakan rokok ini popular di kalangan pemuzik hip-hop untuk simbol status dan kekayaan..


Shine Papers ini dicipta oleh Dave D di pejabatnya di Charleston, South Carolina dan Las Vegas..Namun dia mengakui bahawa rokok mewah ini bukan produk yang diperbuat setiap hari kerana harganya yang terlalu tinggi..Meskipun begitu Dave mendakwa harga mahal tersebut tidak membuatkan pengguna daripada berhenti 'memburu' Shine Papers..

Walaupun terkenal di kalangan pemuzik hip-hop namun Shine Papers masih belum mendapat perakuan rasmi dari American Lung Association..Mereka mengatakan tidak mempunyai data mengenai rokok emas ini sehingga tidak tahu samaada harus membenarkan atau mengharamkan penjualannya..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...