Kitar semula bahan buangan untuk mengurangkan kuantiti sampah adalah jalan yang baik tapi bagaimana pula sekiranya barangan terbuang tersebut digunakan semula dengan dijadikan sebagai makanan dan minuman? Inilah yang dilakukan oleh sebuah restoran yang mengunakan bahan buangan 'terpakai' dalam penyediaan menu makanan dan minuman kepada pelanggannya..
Restoran bernama Rub og Stub ini menawarkan makanan yang dibuat dari bahan sisa-sisa pasar raya..Mereka berharap dapat mengurangkan sampah yang dibuang sekaligus mengumpul dana amal dengan tindakan ini..Setakat ini mereka telah menyediakan pelbagai jenis menu daripada daging, itik, anggur hinggalah kepada susu..!
Barangan terbuang tersebut diambil daripada sebuah pasaraya terkenal, Coop Danmark, iaitu sebuah pasaraya terbesar di Denmark..
" Terlalu banyak bahan buangan yang dibuang di Denmark dan kami ingin melakukan sesuatu dengannya, " ujar Sophie Sales, penggagas Rub og Stub..
Media Perancis turut menulis headline sensasi yang berbunyi ' sampah di atas pinggan ' sebelum ini tapi itu tidak benar..Sebelum kami mengambil bahan terbuang ini, kami sudah memastikan tarikh luputnya," ujar Sophie mengenai kritikan tentang kualiti bahan buangan terpakai yang diperoleh secara percuma tersebut..
huyyo. cuba malaysia bwt cenggini
ReplyDelete