Tuesday, 15 October 2013

Makhluk Aneh Pada Awal Pagi Di Farmasi Hospital China


Gambar mengejutkan yang telah diambil mendedahkan dimana keadaan farmasi hospital di China yang dikuasai oleh sejenis ' makhluk aneh ' pada awal pagi..Sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku..~







Gambar yang telah diambil di sebuah farmasi hospital di Chengdu, ibu kota Provinsi Sichuan di barat daya China oleh Li Xiaohui ini menunjukkan beberapa ekor tikus yang boleh membawa penyakit berbahaya dilihat berjalan dengan bebas di seluruh farmasi..

Dalam salah satu gambar, tikus boleh dilihat bergerak diantara rak, manakala dalam satu gambar lagi tikus boleh dilihat melompat dari unit simpanan ubat-ubatan sedangkan pesakit sangat bergantung kepada persekitaran dan ubat-ubatan yang bersih lapor Dailymail..

Mungkin ini suatu perkara yang agak 'biasa' untuk sebahagian warga China kerana: - tikus adalah makanan tradisional di Guangdong, selatan China, di mana ia boleh dihidangkan dengan cara ditumis (goreng), rebus atau dimasak sup..! Tikus turut juga boleh dipanggang walaupun binatang tersebut disahkan boleh membawa penyakit berbahaya tetapi bagi si pemakannya ia dipercayai tiga kali lebih berkhasiat daripada ayam..!


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...