Thursday 20 September 2012

$7 Juta Ditemui Bersama Mayat Lelaki Tua Meninggal Dunia


Dia disahkan meninggal dunia pada May lepas dengan baki di dalam akaunnya cuma ada $200 sahaja..Apa yang mengejutkan ketika pihak berkuasa datang untuk membersihkan rumahnya, mereka terkejut kerana lelaki tua yang meninggal dunia tersebut ditemui bersama syiling emas yang bernilai $7 juta di rumahnya..!



Walter Samasko Jr, 69, meninggal dunia kerana disebabkan masalah jantung sehinggalah dia ditemui mati  berseorangan dirumahnya hanyalah selepas sebulan kematiannya..Kematiannya hanyalah disedari oleh jirannya selepas mereka terbau sesuatu yang busuk dari rumah lelaki tersebut..

Sesuatu yang mengejutkan apabila pihak berkuasa datang ke rumah tersebut untuk membersihkan dan menjumpai kotak berisi syilling emas di dalam rumah dan garaj lelaki tua tersebut yang bernilai $7,000,000..!

Kotak-kotak berisi syiling emas itu hanyalah ditandai dengan perkataan "Buku" di luarnya..

Terdapat emas begitu banyak syilling emas sehinggakan pihak berkuasa terpaksa menggunakan kereta sorong untuk membawa naik ke trak..Syiling emas tersebut kemudiannya dipindahkan ke bilik kebal bank dengan diawasi kenderaan berperisai..!

Samasko yang tinggal di sebuah rumah kecil berkeluasan 1200 kaki di Carson City, Nevada, tidak mempunyai saudara-mara terdekat. Mayatnya telah diterbangkan ke Chicago dan dibakar sebelum dikebumikan bersebelahan ibunya yang meninggal dunia pada tahun 1992..

Seorang yang disyaki sebagai sepupunya yang tinggal di San Rafael, California, kemungkinan besar akan mewarisi kekayaan tinggalan lelaki tua itu..

Reuters NBC


2 comments:

  1. biasa la tu, orang dulu2, mana reti simpan dalam bank, selalu orang simpan bawah bantal, dia simpan dalam kotak, lebih kurang je tu :)

    ReplyDelete
  2. orang tua dulu2 tak da simpan harta di bank..dorang simpan kat rumah ja..untung la orang yang jumpa duit mereka

    Kejadian Punting Beliung Berapi Di Australia (Video dan Gambar)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...