Friday, 7 September 2012

Manusia Pertama Ke Bulan Neil Armstrong Meninggal Dunia Dikebumikan Didasar Lautan



Neil Armstrong mengukir namanya sebagai manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bulan..Kematiannya angkasawan bernama Neil Armstrong sangat mengejutkan dunia..Pilihan untuk mengebumikannya di dasar lautan kelihatan amat pelik sekali untuk Neil Armstrong..Tetapi itulah yang akan berlaku pada majlis pengebumiannya..Kenapa dia akan di kebumikan di dasar lautan?



Keluarga Neil Armstrong semalam mengumumkan bahawa angkasawan terkenal itu akan dikebumikan di dasar lautan..Neil Armstrong akan dikebumikan di laut kerana beliau pernah berkhidmat sebagai seorang juruterbang pejuang tentera laut sebelum menjadi seorang angkasawan..Pilihan untuk dikebumikan di dalam dasar lautan mungkin kelihatan agak ganjil bagi kita..


Isteri dan cucu Neil Armstrong

Neil Armstrong meninggal dunia pada umur 82 dari disebabkan komplikasi jantung..Sebuah majlis peringatan telah dijadualkan pada 12 September di Washington yang mana pengkebumian di laut adalah perkara biasa bagi veteran tentera laut yang telah meninggal dunia..


Isteri Neil Armstrong, cucunya dan beratus-ratus orang yang berkabung dan berkumpul untuk memberi penghormatan kepada Neil Armstrong, manusia pertama ke bulan,pada majlis yang telah diadakan pada Jumaat lepas. Beliau telah diberi penghormatan sebagai seorang wira dunia..



Neil Armstrong telah berjaya menjejakkan kaki ke bulan dalam misi Apollo 11 pada 20 Julai 1969..Beliau merupakan manusia yang pertama ke sana dan telah disaksikan oleh penonton di seluruh dunia melalui kaca televisyen..





'Amerika telah benar-benar hilang legenda,' kata Eugene Cernan, angkasawan Apollo yang merupakan manusia terakhir yang telah berjalan di atas bulan.

Armstrong merupakan ikon dunia dan juga inspirasi kepada tentera, pelajar sekolah dan manusia di seluruh dunia..Kematiannya sangat memberi kesan yang mendalam kepada manusia sejagat..


AFP News Reuters

4 comments:

  1. betul ke??mcm ne ye diaorag kebumikan nnt??

    ReplyDelete
  2. x de la pelik sgt.. dulu mase zaman nak kerjakan Haji/Umrah kena naik kapal, kalau ade yg meninggal semasa dlm perjalanan dorg mmg lepaskan ke laut je.. mungkin ini bahagian masing2.. Waulahhaalambissawap... hanya tuhan yang tahu setiap kejadian..

    ReplyDelete
  3. Banyak misteri yang mana Mr.Amstrong bisa menjawabnya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...