Saturday, 8 September 2012

Kemaluan Tercucuk Ranting Kayu 13 Sentimeter..!


Seorang lelaki di Miri terpaksa menahan kesakitan yang mungkin tidak dapat dilupakan dalam hidupnya setelah sebatang ranting kayu sepanjang 13 sentimeter tercucuk pada kemaluannya kelmarin..

Dalam kejadian jam 11.30 pagi tersebut, lelaki warganegara Indonesia itu dikatakan sedang memotong rumput di ladang kelapa sawit tempat dia bekerja sebelum dia tergelincir dan jatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter lapor akhbar tempatan..

Akibat daripada terjatuh kedalam gaung itu, ranting kayu sepanjang 13 sentimeter telah tercucuk kemaluannya sebelum dia dikatakan menjerit meminta bantuan rakan sekerjanya yang berada disekitar pada masa kejadian..

Lelaki berusia 24 tahun yang belum dikenali indentitinya terpaksa bertarung kesakitan selama hampir 3 jam sebelum doktor di hospital Miri berjaya menarik keluar serpihan ranting yang tercucuk di kemaluannya itu..

Dia pada mulanya dibawa ke Klinik Kesihatan Batu Niah sebelum dihantar ke Hospital Miri kerana kekurangan kemudahan peralatan untuk rawatan..

" Nasib baik kemaluan kawan saya dapat diselamatkan kerana pada masa itu dia hampir berputus asa akibat tidak dapat menahan kesakitan yang teramat sangat " ujar seorang rakannya..




2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...