Sunday, 9 September 2012

Stesen Keretapi Terbesar Bawah Tanah Akan Dibuka Di Hong Kong


Bertujuan untuk menyambung Hong Kong ke Beijing, Express Rail Link West Kowloon Terminus menjadi stesen kereta api yang terbesar bawah tanah dan berkelajuan tinggi di dunia.




Konsep moden yang menakjubkan ini telah direka oleh Andrew Bromberg dijangka siap dan boleh digunakan sepenuhnya pada 2015 nanti..


Terminal kontemporari di pusat bandar Hong Kong (West Kowloon Cultural District dan Victoria Harbor) pembangunan ini akan mengubah keseluruhan wajah bandar dan menjanjikan Hong Kong sebagai pusat tarikan pelancong yang terkenal..


Berkeluasan 4628481 kaki persegi (430,000 meter persegi) terminal kontemporari di pusat bandar Hong Kong ini akan disediakan dengan 15 trek untuk kereta api berkelajuan tinggi ini..



Membantu pelancong bergerak dari satu bandar ke bandar lain dalam tempoh 48 minit berbanding situasi  semasa yang memerlukan 100 minit untuk sampai ke satu destinasi..

Konsep pembangunan moden dan terancang ini akan menjadikan Hong dikenali sebagai pelopor stesen keretapi laju bawah tanah terbesar di dunia nanti..


Location: Hong Kong, China

Client: MTR Corporation Ltd.
Size: 732,800 sq m
Cost: HKD 23 Billion
Start Date: 2008
Completion Date: 2015


3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...