Sunday, 9 September 2012

Sungai Yangtze Bertukar Kepada Warna Merah ?


Sungai Yangtze yang dikenali sebagai sungai terpanjang dan terbesar di China dan juga sungai ketiga terpanjang di dunia telah mengejutkan orang ramai apabila bertukar warna kepada merah berbeza seperti lazimnya kelmarin.. 




 Seorang penduduk tempatan menunjukkan perubahan warna air sungai Yangtze yang ketara..

 Nelayan dan penduduk tempatan banyak bergantung kepada sungai sebagai sumber pendapatan mereka..

  Sungai Yangtze dikenali sebagai "emas" kerana ia menerima taburan hujan yang lebat sepanjang tahun..

Pegawai-pegawai alam sekitar sedang menyiasat dan tidak menolak kemungkinan bahawa pencemaran industri telah berlaku kerana sungai Yangtze ini terletak di pusat industri terbesar di Barat Daya China..

"Ia kelihatan seperti fenomena pencemaran" kata Emily Stanley, seorang profesor Limnologi (kajian perairan daratan) di University of Wisconsin..

"Apabila air bertukar menjadi merah, perkara pertama yang banyak orang berfikir adalah air pasang merah," Stanley memberitahu  Life's Little Mysteries. "

Perubahan warna yang berlaku ini telah disebabkan oleh kuantiti tinggi alga (mikroorganisma) yang tiba-tiba muncul di sungai tersebut sekaligus menukarkan warnanya menjadi merah selain dari faktor pencemaran air..

Penghasilan bakteria yang mendadak berlaku kerana sungai tersebut kekurangan oksigen daripada biasa katanya..

China juga terkenal kerana mempunyai banyak kawasan bukit yang curam dan amalan penggunaan tanah yang menggalakkan hakisan tanah terus ke sungai..


MSN News

5 comments:

  1. mcm air carrot susu..nyum2

    ReplyDelete
  2. Wah..sejak kapan warnanya berubah sob? kira2 apa penyebabnya?

    ReplyDelete
  3. wowww bertukar jadi warna merah.. tapi macam mana boleh bertukar tu?

    ReplyDelete
  4. Unik sekali warnanya. Tapi kalau karena pencemaran yang berbahaya, harus segera dicari solusinya.

    ReplyDelete
  5. aiyoo, teruknya kaler air dia

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...