Sunday, 16 September 2012

Migingo: Pulau Kecil Yang Menjadi Rebutan ?



Pulau Migingo ini hanyalah sebesar lebih separuh daripada padang bola sepak..Walaupun kecil, nilainya sangat besar sehingga menjadi rebutan antara 2 negara berjiran di Afrika..Apa perkara menarik tentang Pulau Migingo ini..?



 Di dalam peta dunia, ia ditandai sebagai hak milik Kenya tetapi Uganda mendakwa bahawa pulau Migingo ini terletak dalam perairan mereka..



Perebutan diantara Kenya dan Uganda mengenai pulau Migingo yang terletak di tengah-tengah tasik Victoria ini tercetus kerana pulau ini mengandungi hasil laut yang kaya sehinggakan nelayan tempatan mampu meraih sehingga £200 sehari..!

Hal ini menarik kedua-dua nelayan dari negara tersebut mencari hasil laut berhampiran pulau ini..

Fakta Berkaitan Pulau Migingo Ini.

*Rumah pertama yang didirikan disini pada tahun 2002..
*Terdapat hampir 1500 orang yang menetap dipulau kecil ini..!
*80 peratus penduduknya terdiri daripada warganegara Kenya dan 20 peratus lagi warganegara Uganda..
*3 jam masa yang diambil jika hendak ke pulau Migingo ini dengan menggunakan bot dari Kenya..
*Sementara itu 6 jam diperlukan sekiranya hendak kepulau ini dari Uganda..
*Pengunjung yang ingin menginap disini setiap minggu dikenakan bayaran sebanyak 2000 Shillings Kenya @ £17 iaitu lapan kali ganda berbanding di tanah besar..
*Terdapat 4 pub disitu, sebuah salon rambut, farmasi dan beberapa rumah pelacuran..

  Kalau tinggal disini nak guna alamat dan ic mana ye? haha..

  p/s: rasanya cantik lagi Pulau Pangkor..!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...