4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Tauke Dadah Dicekup Bersama Senapang AK-47 Bersalut Emas


Klik Iklan Untuk Info



Saturday, 15 September 2012

Tauke Dadah Dicekup Bersama Senapang AK-47 Bersalut Emas


Salah seorang pemimpin kumpulan dadah terbesar Mexico telah berjaya di cekup oleh pihak berkuasa bersama-sama dengan senjata AK-47 yang bersalut emas..Dia yang ditangkap bukan sahaja mempunyai senjata AK-47 yang bersalut emas, malah setiap biji pelurunya juga disaluti emas kelmarin..!!
 Dia hanya tersenyum dan mengangkat ibu jarinya ketika bergambar bersama senjata bersadur emas kepunyaannya itu selepas ditangkap..



Tauke dadah itu dikenali sebagai Ramiro Pozos Gonzalez, 42, merupakan pengasas kumpulan La Resistencia di Mexico merupakan salah seorang yang sangat dikehendaki di sana..Dia sebelum ini merupakan seorang ahli kumpulan kartel dadah Milenio di selatan negara itu sebelum menubuhkan kumpulan dadah La Resistencia  pada 2010.



Tangkapannya dilakukan selepas Presiden Fellipe Calderon mengistiharkan peperangan secara besar-besaran menentang kumpulan kartel dadah sejak 2006 lagi..Penangkapannya berjaya dilakukan di sebuah tempat persembunyiannya di negeri selatan-barat Jalisco..

Kumpulan-kumpulan dadah di Mexico dikatakan bertanggungjawab keatas kematian hampir 55,000 orang kerana pertempuran bersenjata antara kumpulan, polis dan tentera..   

Senjata merupakan satu simbol status kemegahan yang penting bagi kumpulan-kumpulan dadah di Mexico dan kumpulan kartel dadah terbesar dunia kebanyakannya berasal dari Mexico..

Reuters

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist