Thursday 18 October 2012

Gempar..! Video Helikopter Tentera Syria Ditembak Jatuh Lalu Meletup Ketika Terbang


Live..Satu video amatur menunjukkan sekumpulan yang dikatakan pemberontak menembak jatuh sebuah helikopter tentera Syria sebelum meletup di udara di sebuah bandar di Idlib semalam..Helikopter itu telah ditembak oleh kumpulan bersenjata lalu meletup di udara ketika sedang terbang..!


Kesahihan video itu yang telah diedarkan oleh kedua-dua agensi berita Reuters dan ITN masih tidak dapat disahkan walaupun berita mengenainya telah tersebar meluas di internet..

Pertempuran sengit telah dilaporkan berlaku diantara briged pemberontak Tentera Syria (Free Syrian Army) dan tentera Syria di kawasan di mana helikopter itu dilaporkan ditembak lalu meletup terbakar diudara..

Media antarabangsa melaporkan bahawa pemberontak Syria baru-baru ini memperoleh senjata berat yang telah menyebabkan tentera udara kerajaan mengebom zon pemberontak melalui kedudukan yang lebih tinggi..Penggunaan helikopter ini mungkin menyebabkan mereka mengambil langkah menembak jatuh pesawat udara..



Video live helikopter kerajaan syria ditembak jatuh dan terbakar di udara


Reuters


1 comment:

  1. nanti baik helikopter tu tak jatuh kat tukang ambil video, kalau tak, sekali dengan dia nek dalam youtube

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...