Friday, 21 December 2012

Gambar Tak Boleh Blah Sedunia Tentang Hari Kiamat Akan Berlaku Hari Ini 21/12/2012 !!



Gambar-gambar tentang propaganda hari kiamat yang dijangka akan berlaku pada hari ini, 21 Disember 2012 di seluruh dunia..21/12/2012 dipercayai tarikh akhir untuk manusia hidup dan akan mati menjelang hari kiamat yang sudah dekat dan akan berlaku sebentar lagi menurut ramalan beberapa kaum di seluruh dunia yang mempercayai bahawa kiamat akan berlaku hari ini..! Gambar diatas merupakan upacara oleh kaum Shaman Maya yang sedang menjalankan majlis sambutan untuk hari terakhir dalam kitaran kalendar Maya pada 21 Disember 2012, (dikenali sebagai Bak'tun 13) tanda permulaan Era Maya baru, di Tapak Arkeologi di bandar Aguilares, El Cihuatan, Salvador..Jom tengok gambar-gambar panik tentang kiamat 21 Disember 2012 yang diambil di seluruh dunia..hahaha~


 Harga tiket untuk menaiki kapsul "Kapsul Sfera Kecemasan Atlantis" di China telah mendapat tawaran sehingga (AS $ 800,000) untuk mereka yang ingin menyelamatkan diri dari hari kiamat yang dijangkakan berlaku bila-bila masa pada hari ini..Sangkar kuning tersebut direka dan telah "diuji" sehingga kononnya ia boleh menahan letupan gunung berapi, tsunami, banjir, gempa bumi dan radiasi nuklear..! Untung la yang jual tu..hehe..

Ini pula bot rumah yang tak sempat siap dibina oleh Zhenhai, di Wilayah Autonomi Uyghur Xinjiang, China..dia takut rumahnya akan tenggelam dalam banjir kiamat pada 21 Disember 2012 ini, so dia bina bahtera ini..bagaimanapun tarikh hari kiamat dikatakan sudah tiba tapi bot tak siap-siap lagi da..~

 Seorang wanita melihat sesuatu pada gambaran kalendar Maya yang terletak di planetarium taman tema Dunia 'Mini' di Lichtenstein, Jerman.

 Suku kaum Mexico yang berpakaian Maya pra-Hispanik semasa persiapan sebuah perayaan untuk meraikan tamatnya Kalendar Count Maya Long, juga dikenali sebagai Baktun 13 sebelum kiamat di Xcaret Park di Playa del Carmen di negeri Quintana Roo, Mexico..

 Artis Itali, Lello Esposito menunjukkan "tanduk bertuah" ciptaan beliau di Naples..Tanduk gergasi merupakan simbol "nasib" tradisional di selatan Itali, dicipta oleh Esposito untuk mengelakkan hari kiamat besar dari berlaku mengikut kalendar Maya kuno..

 Cisternino, sebuah wilayah yang terletak di selatan Itali, salah satu daripada beberapa tempat di muka bumi yang dipercayai terlepas daripada hari kiamat pada 21 Desember 2012 mengikut kalendar Maya kuno..nampaknya ramai la yang duduk kat sini nanti selamatkan diri..hehe

 Barang apa ni ye? Dengan harga (AS $ 30) 'survival kit' dijual di Tomsk, Rusia menjelang kiamat yang sudah dekat untuk kegunaan sekiranya hari kiamat benar-benar terjadi..!

Tourist Guide memberikan maklumat kepada pelancong pada Tuhan Hujan dan Estela di taman arkeologi Copan, 400 km barat laut Tegucigalpa, Honduras, semasa persiapan untuk sambutan akhir Kalendar Long Count Maya, juga dikenali sebagai Baktun 13 menjelang hari kiamat..


 Paul Seyfried berdiri di bunker perlindungan yang dibina untuk pembelinya di Shelter System Utah di North Salt Lake, Utah..Harga sebuah bunker perlindungan itu bermula daripada US $ 64.900..Untuk yang berminat boleh la hubungi Paul..hehe.. 

 Orang ramai mengangkat tangan mereka dalam satu upacara keagamaan yang diadakan oleh cendekiawan Maya di Bacuranao, Cuba..

 Parti terakhir menjelang hari kiamat yang diraikan sebelum perpisahan oleh kumpulan teater Sciouspace Kwai Chung, Hong Kong..

 Jay Blevins daripada Berryville, Virginia berjalan ke belakang rumahnya dengan sebuah beg besar seberat 20 kg termasuk bebatang pedang Katana untuk melindungi dirinya pada hari kiamat ini nanti..

 Air botol disimpan dengan banyak dalam sebuah garaj di Berryville, Virginia..Blevins Jay Blevin dan isterinya Holly telah bersedia dengan beberapa kumpulan lain untuk menghadapi hari kiamat yang mana kumpulan itu bersedia untuk berdikari sekiranya malapetaka kiamat tiba hari ini.. 

 2 orang lelaki kelihatan meronda di kawasan sekitar di puncak Bugarach..Beberapa teori tentang hari kiamat menyatakan ketinggian 1231 meter puncak Bugarach dikatakan sebagai gunung suci yang akan akan terlepas dari hari kiamat 21 Disember 2012, apabila kalendar Count Long Maya ini menyatakan tentang berakhirnya era tahun 5126..

Pieter van der Meer duduk dalam bot penyelamat Norwegian di kebunnya di Kootwijkerbroek, Belanda. Tiga puluh lima orang dikatakan akan selamat jika berlindung dalam bot ini dan boleh terus hidup sekiranya hari kiamat menjelang mengikut kalendar Maya kuno, harus berlaku pada Disember 21, 2012..Siap ada tali pinggang keselamatan lagi tuu~


Artikel Barkaitan: Petani Bina Bola Besar Untuk Selamatkan Diri Kiamat 2012 !


Berita tentang gelagat hari kiamat 21 Disember 2012 di Kosmo juga..



6 comments:

  1. bila hidup x berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah camni la jadiknya....hari ni cerah je...hari yg indah.... Subhanallah....

    ReplyDelete
  2. mcm2 pemikiran manusia neh..haha

    ReplyDelete
  3. seminggu lepas ni mesti semua mereka akan rasa teramat bodoh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...