Thursday, 13 December 2012

Kiamat Pada 21/12/2012: Petani Bina Bebola Besar Selamatkan Diri


Seorang petani di China, Liu Qiyuan membina beberapa bebola besar survival @ cengkerang yang diperbuat dari keluli dan fiberglass dalam menanti hari kiamat yang dijangkakan mereka akan berlaku pada tak sampai 10 hari lagi iaitu 21 Disember 2012 ini mengikut kalendar Mayan..Tanda-tanda kiamat tersebut akan berlaku sangat jelas berdasarkan kalendar tersebut..!





Dia telah membina kesemua 7 bola besar @ cengkerang tersebut di luar rumahnya di kampung Qiantum, sebahagian daripada wilayah Hebei, Selatan Beijing, dan berharap mereka satu hari nanti jika kiamat tidak muncul bebola tersebut boleh diguna pakai oleh kerajaan untuk digunakan dalam kes gempa bumi atau tsunami..

Bebola besar @ cengkerang yang juga dipanggil "bahtera Nuh" ini dilengkapi dengan tali pinggang keledar serta tangki oksigen dan ia boleh terapung di atas air..Cengkerang itu juga memuatkan makanan dalam tin serta lilin untuk kegunaan semasa kiamat nanti..Sesetengah bebola tersebut juga boleh digerakkan..

Qiyuan mendapat ilham untuk mencipta bebola besar yang mampu memuatkan seramai 14 orang dalam satu masa ini setelah menonton sebuah filem bertemakan sains fiksyen iaitu "2012," serta tsunami yang melanda Indonesia pada tahun 2004..

Jumaat depan merupakan hari terakhir dalam kalendar Mayan, ini mencetuskan rasa takut kepada mereka kerana tanda-tanda kiamat jelas akan berlaku pada hari tersebut..!



Artikel berkaitan: Lelaki Belanda Bina "Bahtera Nuh" Sebelum Kiamat



2 comments:

  1. ada jugak dengar pasal kiamat nie.. lepas tu dunia nie akan gelap.. tahla... hee... moga kita sempat untk bertaubat sebelum tiba hari kiamat...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...