Wednesday, 12 December 2012
Bina Bahtera Untuk Selamatkan Diri Sebelum Kiamat !
Bahtera ini disiapkan sepenuhnya oleh seorang lelaki Belanda bernama Johan Huibers..Johan Huibers telah berjaya menyiapkan bahtera ini setelah 20 tahun berusaha untuk membina bahtera seperti dalam kisah Nabi Nuh..Bahtera ini telah dibuka secara rasminya untuk dipertontonkan kepada umum..Bahtera ini juga dikatakan dapat menyelamatkan dirinya sekiranya kiamat tiba nanti..!
Bahtera tersebut mudah dilihat dari lebuh raya berhampiran di mana ia terletak berlabuh di bandar Dordrecht, hanya selatan Rotterdam kerana ia agak besar dengan berukuran 427 kaki (130 meter) panjang, 95 kaki (29 meter) lebar dan 75 kaki (23 meter) tinggi..Ia dikatakan dibina mengikut skala penuh..
Terdapat beberapa jenis binatang yang telah dimuatkan didalam bahtera yang dicipta oleh lelaki tersebut seperti gajah, kerbau, kuda belang, gorila, singa, harimau, beruang, dan beberapa lagi jenis binatang didalamnya..Beberapa jenis binatang lain seperti kuda, anjing, kambing biri-biri, dan arnab pula diletakkan di ruang yang lain..
Menurut Huibers, dia tidak berasa bimbang sekiranya kiamat dengan banjir yang besar akan berlaku dengan adanya bahtera yang menyerupai bahtera Nabi Nuh yang diciptanya ini katanya..
"Bahtera ini sangat menakjubkan," kata Alfred Jongile, pelancong dari Afrika Selatan dengan isterinya seorang warga Belanda yang datang melawat bahtera ciptaan Johan Huibers yang dibina selama 20 tahun ini..
Menurut Huibers, segalanya bermula selepas dia mendapat mimpi ngeri tanda-tanda kiamat yang telah dialaminya pada tahun 1992, apabila Belanda yang mempunyai beberapa kawasan rendah telah dibanjiri oleh banjir besar..Akibat daripada mimpi tanda kiamat tersebut, dia mula mencipta bahtera yang mengambil tempoh selama 20 tahun ini untuk menyiapkan diri sekiranya mimpi tersebut menjadi kenyataan..!
Bahtera ini mengandungi restoran di tingkat atasnya selain ruang teater filem yang mampu memuatkan 50 orang..Setiap sudut tepi bahtera ini pula mempunyai kraf yang memaparkan tentang sejarah purba Timur Tengah, pakaian masyarakat timur tengah purba, beberapa adegan yang menggambarkan tentang kehidupan silam Nabi Nuh menurut kitab Bible dan permainan untuk kanak-kanak termasuk pam air dan sistem tuil untuk mengangkat Bal jerami..
AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment