Tuesday, 11 December 2012

Anggota Polis Ini Tidak Pernah Ambil Cuti Walaupun Sehari Dalam 14 Tahun !


Seorang sub-inspektor polis di ibu negara India iaitu Delhi, tidak pernah mengambil cuti walaupun sehari sejak bekerja dalam jabatan tersebut sejak 14 tahun yang lalu..! Baljit Singh Rana, 60, seorang anggota polis yang telah berkhidmat selama 40 tahun sebagai seorang anggota polis dikatakan sentiasa berada di pejabat setiap hari dalam tempoh 14 tahun lalu tanpa cuti..!


Keluarganya turut mengatakan bahawa Singh Rana tidak pernah mengambil cuti walaupun sehari untuk meraikan majlis perkahwinan tiga orang anaknya..Bagaimanapun itu tidak bermakna dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa yang penyayang kepada anak-anaknya..

Keluarganya turut menyatakan bahawa dia merupakan seorang bapa yang sangat bertanggungjawab terhadap keluarga walaupun mungkin sedikit sibuk dengan kerjayanya itu..

Singh Rana juga menyatakan bahawa dia tidak pernah jatuh sakit dan tidak perlu untuk mengambil cuti sakit kerana mengamalkan senaman Yoga walaupun tidak kerap selain mengamalkan pemakanan sebagai seorang vegetarian..

Beliau telah dua kali dianugerahkan Pingat Presiden - Perkhidmatan Terpuji sempena menghargai tugas dan tanggungjawab yang telah dijalankan olehnya sebaik mungkin..


Walaupun Encik Rana telah bersara dari perkhidmatan polis pada 31 Ogos lalu, beliau telah kembali diambil bekerja oleh pihak polis sebagai seorang perunding..

Beberapa pegawai atasannya turut menyatakan kebanggaan mereka terhadap kecemerlangan tanggungjawab yang berjaya dijalankan oleh Singh Rana dan mereka turut menyampaikan dedikasi terhadapnya..Mereka turut menambah, terlalu sukar untuk mencari orang lain sebagai pengganti seperti Singh Rana dalam jabatan polis seperti ini..!



BBC


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...