Monday, 10 December 2012

Bangunan Tertinggi Di Dunia Burj Khalifa Dubai Dipanah Petir



Gambar menakjubkan yang diambil menunjukkan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa, Dubai dipanah petir..Imej menarik ini sempat dirakam ketika petir betul-betul sedang memanah tepat pada bangunan tertinggi di dunia 2012 kini, Burj Khalifa, Dubai..Juga bangunan tertinggi yang akan dibina di dunia mengatasi Burj Khalifa, Dubai ini..Bangunan apakah itu..? 
..




Burj Khalifa ini dibina menggunakan 4,000 tan metrik keluli supaya kilat dapat dipesongkan daripada struktur utama bangunan tertinggi dunia ini..Kerja membina menara ini bermula pada tahun 2004 dan ia dibuka secara rasminya pada tahun 2010 untuk orang ramai..


Menara berketinggian 830 meter ini mempunyai lebih 160 tingkat dimana ia mengatasi bangunan kedua tertinggi di dunia iaitu Tokyo Sky Tree yang berketinggian 634 meter tinggi..

Menara Burj Khalifa, Dubai ini mempunyai sebuah hotel, rumah pangsa untuk kediaman dan pejabat yang digabungkan kesemuanya sekali dalam menara ini..Kerana berat yang melampau, konkrit khas diperlukan dalam pembinaan menara tertinggi di dunia ini untuk menahan tekanan..

Imej menarik tersebut berjaya dirakam ketika petir betul-betul sedang memanah bangunan tertinggi dunia tersebut sebelum kemunculan pelangi selepas itu..



Bangunan tertinggi di dunia yang akan datang

* Jangan terkejut sekiranya selepas ini ada bangunan yang lebih tinggi akan di bina di dunia..Bangunan tersebut ialah sebuah bangunan yang akan mengatasi ketinggian Burj Khalifa dan juga Kingdom Tower yang sedang dibina di Jeddah, Arab Saudi..Dikenali sebagai Azerbaijan Tower menara ini dikatakan akan dibina dengan ketinggian 1050 meter..! Dijangkakan pembinaannya akan bermula pada 2016 dan akan siap sepenuhnya menjelang tahun 2020..!

Ketinggian Azerbaijan Tower ini lebih 200 meter tinggi dari Burj Khalifa dan lebih 50 meter dari Kingdom Tower (dijangkakan siap pada 2017) yang sedang di bina di Jeddah, Arab Saudi..!

 gambar Azerbaijan Tower mengikut gambaran artis


Azerbaijan Tower dijangkakan akan mengatasi ketinggian Burj Khalifa, Dubai yang memegang ranking sebagai bangunan tertinggi di dunia masa kini..






5 comments:

  1. pakat duk lawan bina bangunan tinggi la kan

    ReplyDelete
  2. ntah2, nanti kena pakai tangki oksigen kalau nk duduk hotel paling tinggi, ahaks

    ReplyDelete
  3. Tinggi2 kena kilat..ade ke orgg naknduduk kat sane..

    ReplyDelete
  4. takot bumi jd mereng nak pusing ketgi..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...