4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Gempar! Sms Terus Dihantar Ke Mata Tanpa Perlu Tengok Telefon Bimbit !


Klik Iklan Untuk Info



Monday, 10 December 2012

Gempar! Sms Terus Dihantar Ke Mata Tanpa Perlu Tengok Telefon Bimbit !


Tak lama lagi semua orang boleh membaca mesej sms dan gambar yang diterima tanpa perlu melihat telefon bimbit..Dengan memakai kanta lekap ini mesej sms dan gambar yang diterima anda pasti lebih mudah..! Teknologi yang diperkenalkan ini membantu pengguna telefon bimbit untuk membaca mesej yang diterima secara terus ke mata anda..Menarik bukan..?




Ia mungkin kelihatan seperti sesuatu yang tidak masuk akal tetapi membaca mesej teks daripada kanta lekap ini tidak lama lagi akan menjadi realiti dan ia membawa makna baru kepada keseluruhan istilah 'mesej segera' menurut Telegraph..

Para saintis di Universiti Belgium telah membangunkan teknologi baru ini yang membolehkan mesej elektronik yang dihantar daripada telefon bimbit secara langsung terus kepada kanta lekap yang diletakkan di mata penerima melalui teknologi wireless..

Keupayaan kanta tersebut telah dibuktikan oleh saintis dimana kelihatan jelas tanda dolar pada kanta wireless tersebut..

Penyelidik di Universiti Ghent percaya kanta lekap ini boleh diperkenalkan kepada orang awam hanya dalam beberapa tahun sahaja lagi..! 

Profesor Herbert De Smet berkata, 'Sekarang kita telah menubuhkan sebuah teknologi asas, kita boleh mula bekerja ke arah aplikasi sebenar dan teknologi ini mungkin boleh didapati dalam hanya beberapa tahun dari sekarang sahaja..!' 



2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist