Sunday, 9 December 2012

Cara Pelik Jutawan Mencari Teman Wanita Untuk Krismas :Melalui Papan Iklan !



Ini merupakan cara pelik seorang jutawan untuk mencari teman wanita pada hari krismas yang akan datang ini..Dia menghebahkan hasratnya melalui papan tanda iklan di tepi jalan untuk memaklumkan kepada wanita latin yang ingin meraikan krismas dan menjadi pasangannya sempena krismas ini..~



Melalui papan tanda yang didirikan di tepi jalan raya yang terletak di Interstate 5 dan 28th Street di Barrio Logan, jutawan dari San Diego, California, iaitu Marc Paskin mencari teman untuk bersama-sama meraikan hari krismas yang bakal tiba tak lama lagi..

Iklan papan tanda tersebut memaparkan muka jutawan California itu dan sebaris ayat berbunyi "All i want for Christmas, is a Latina Girlfriend"..Dia turut meletakkan emailnya untuk dihubungi oleh wanita Latin yang berminat untuk mengisi masa lapang bersama jutawan itu..

Paskin, 63, telah berkahwin selama 28 tahun sebelum isterinya, Marsha, meninggal dunia pada tahun 2002 akibat komplikasi kencing manis..Beliau turut mempunyai dua orang anak dewasa lapor media..

Fox News melaporkan bahawa Paskin merupakan seorang yang suka melancong, menyanyi karaoke dan berpakaian seperti Elvis Presley..Bagaimanapun tidak dapat dipastikan samaada Paskin yang menaikkan sendiri papan tanda tersebut..



2 comments:

  1. dah kaya sgt smpi xtau duit tue nak habiskan macam mana kot..hehee

    ReplyDelete
  2. kalau camni confirm ramai anta emel kat laki tu, ahaks

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...