Saturday, 8 December 2012

Kopi Dari Tahi Gajah Paling Mahal Di Dunia Sekilo Rm 3,360


Kopi ini dikatakan mempunyai satu aroma yang pasti berbeza dan sangat unik jika dibandingkan dengan kopi-kopi biasa..Dihasilkan melalui proses penghadaman dan tindak balas dalam badan gajah tersebut, bau kopi ini dan aroma aslinya pasti menyengat anda..hahaha..


Bagi pemungut tahi gajah, ini merupakan satu rezeki yang sangat besar sekiranya dapat memungut tahi-tahi gajah yang baru sahaja 'dilepaskan' dari tubuh badan binatang tersebut melalui proses pencernaan..Mereka dikatakan sanggup menghabiskan masa dan tenaga semata-mata mahu mendapatkan tahi gajah untuk dijadikan kopi ini..

Masakan tidak, harga sekilogram tahi gajah itu mampu mencecah USD$1,100 @ Rm3,360 untuk sekilogram najis dari binatang yang mempunyai telinga besar tersebut..Justeru, hanya penggemar yang benar-benar 'menghayati' aroma serta rasa kopi yang asli sahaja sanggup menghirup kopi termahal di dunia ini..!

Baru-baru ini, hotel-hotel mewah di Thailand telah melancarkan penjualan kopi tahi gajah tersebut sebelum diikuti oleh Maldives dan terkini beberapa hotel mewah di Abu Dhabi turut melancar dan menawarkan pelanggan mereka untuk menikmati kopi tahi gajah tersebut..

Kopi ini dijangkakan mendapat saingan daripada satu lagi jenama kopi mahal dan terkemuka dunia yang juga melalui proses pencernaan binatang iaitu musang yang dikenali sebagai Kopi Luwak sebelum ini..

Menurut pencipta kopi tahi gajah ini, Blake Dinkin, dia telah menghabiskan sebanyak Rm 900,000 dalam proses mengembangkan idea dan melakukan kajian saintifik terhadap najis gajah ini..Kajian yang dilakukannya sebelum ini sangat berbaloi kerana akhirnya kopi mahal ini mampu dijual pada harga Rm153 secawan..!

Gajah-gajah ini diberi makan pelbagai makanan seperti pisang, tebu, dan pelbagai lagi dalam menghasilkan kopi yang mempunyai 'aroma tersendiri' ini..!



P/s: bersusah payah dia buat r&d, takkan korang tak nak try kot..hehe..


4 comments:

  1. Adesss!xminum dh..heheheheh

    ReplyDelete
  2. kat Malaysia ni ada kopi taik musang....ntah laku ke tidak....katanyaa ia jenis kimia yang merbahaya...

    ReplyDelete
  3. ish macam2 kan ...dalam banyak2 makanan minuman di dunia ni, najis pulak yg diaorang minum ..hehe..

    ReplyDelete
  4. lama2 minum nie, boleh jadi gajah, ahaks

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...