Sunday 21 October 2012

Setelah 2 Tahun Dia Jumpa Semula Kereta Yang Dia Telah Lupa Parking Dimana!!


Setelah hampir 2 tahun akhirnya seorang lelaki Jerman berjaya berjumpa dengan keretanya semula setelah dia terlupa di mana dia meletakkan keretannya itu..! hahaha..


Selepas pulang daripada "minum malam" pada bulan Disember 2010, lelaki Jerman itu tidak dapat mencari di mana beliau telah meletakkan keretanya..

Apabila dia gagal untuk mencari kenderaan keesokan harinya, dia telah melaporkan kehilangan keretannya itu kepada polis di bandar Munich..

Kereta yang hilang telah ditemui secara kebetulan pada bulan lepas selepas seorang pengawal lalu lintas perasan pelekat pemeriksaan di kereta tersebut telah tamat tempoh di sebuah kawasan meletak kereta yang terletak hampir 2 batu dari rumah lelaki tersebut..

"Perkara pelik yang berlaku adalah, lelaki tersebut sudah cuba mencari di kawasan lot meletak kereta itu   pada 2 tahun lepas tetapi dia tidak jumpa keretannya di kawasan itu walaupun dia cukup pasti di mana dia telah meletakkannya," kata jurucakap polis Alexander Lorenz ketika memberitahu Reuters..

Dalam but kereta tersebut terdapat barangan bernilai 40,000 euro termasuk 'power drill' dan pemutar skru elektrik, kata Lorenz..


p/s: bila dah mabuk, gajah depan mata pun tak nampak..hahaha~


Reuters


5 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...