Wednesday 17 October 2012

Spesis Ikan Pelik 20 Kaki Ditemui Di Pantai..!


Bagaimana perasaan anda sekiranya seekor spesis hidupan laut yang pelik sepanjang hampir 20 kaki berenang di tepi anda ketika sedang mandi di pantai..? Spesis hidupan pelik ini telah ditemui oleh beberapa orang yang sedang mandi-manda di sebuah pantai sehingga menyebabkan kekecohan..


Ini merupakan spesis hidupan laut yang pelik dan sememangnya menarik yang telah ditemui di perairan pantai utama Cabo El Medano, San Lucas di Mexico..

Ketika ditemui berlaku kekocohan di kawasan pantai tersebut dimana beberapa orang yang sedang mandi-manda terkejut dan cuba menangkap spesis haiwan pelik yang dikatakan sesat sehingga ke pesisian pantai San Lucas, Mexico..

Spesis haiwan pelik itu dikatakan muncul ke pesisiran pantai dimana ia dikatakan merupakan satu spesis hidupan laut yang dikenali sebagai "ikan naga" yang asalnya mendiami laut dalam..

Seorang saksi berkata dia berlari untuk cuba melihat dengan lebih dekat dan membantu orang ramai untuk cuba menangkap makhluk yang aneh aneh itu yang tiba-tiba muncul di pesisiran pantai itu hingga menyebabkan kekecohan..

Ikan pelik yang bewarna perak itu akhirnya cuba untuk dilepaskan semula ke laut bagaimanapun mati selepas beberapa minit ditangkap oleh orang ramai..

Spesies ini dikatakan hidup pada kedalaman antara 700 hingga 3,000 kaki di perairan dalam dan sederhana di kawasan tropika melainkan ia mati lalu terdampar kewasan pantai..Oarfish, yang juga dikenali sebagai ribbonfish, dianggap sebagai salah satu ikan terpanjang di dunia sehingga panjangnya dikatakan mampu mencapai 55 kaki dan berat sehingga 600 pound lapor media..

Masyarakat Jepun percaya bahawa ikanspesis Oarfish ini dikenali sebagai "Rasul dari Istana Laut Tuhan" dan juga dipercayai mampu menyebabkan gempa bumi yang kuat..

Ini merupakan spesis "ikan naga" Oarfish terpanjang yang pernah ditemui di dunia satu ketika lalu..Tetapi tidak dapt dipastikan dimana dan bila gambar ini diambil.. 



Next: Rekod Ikan Terbesar Yang Pernah Ditangkap


Video dari You Tube Oarfish San Lucas Mexico



Reuters


9 comments:

  1. ikan apakah ini?....tak pernah nampak...

    ReplyDelete
  2. macam macam ikan pelik yang ada kan

    ReplyDelete
  3. panjang giler ikan ni, boleh buat kenduri kalau dapat..hehe

    ReplyDelete
  4. Besarnye gambar ikan yg kat bawah tu..

    ReplyDelete

  5. salam super sahabat,
    tetap semangat dan sukses selalu ya
    ditunggu kunjungan baliknya :)

    ReplyDelete
  6. panjang juga, penat juga kalau nak bakar ikan nie, tempat arang kena panjang juga la, ahaks

    ReplyDelete
  7. wau300000000000000000000000x..what the..ikan apa nie eh??

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...