Sunday 18 November 2012

Cara Masyarakat Di China Cari Jodoh Pasangan Hidup Anak Mereka

 


 Mungkin agak pelik dan aneh bagi kita..Tetapi inilah tempat dan cara yang dilakukan oleh masyarakat China untuk cari jodoh dan mendapatkan pasangan hidup yang sesuai untuk anak-anak mereka yang masih bujang..!






Iklan yang dipaparkan diatas merupakan iklan cari jodoh yang terletak di sebuah " taman cari jodoh " di China..Iklan-iklan ini merupakan cara masyarakat di China untuk mencari jodoh yang sesuai untuk anak-anak lelaki dan wanita mereka yang masih bujang sebagai pasangan hidup..

Kesemua iklan yang dipaparkan termasuklah seperti butiran seperti umur, jantina mereka, latar belakang pendidikan, profesion dan pendapatan..

Kebanyakan lelaki yang dicari oleh wanita bujang disini adalah lelaki bertanggungjawab dengan pendapatan yang stabil atau seseorang lelaki yang memiliki sebuah apartmen dan sebuah kereta..

Sementara itu 'jenis' wanita yang paling dikehendaki sebagai pasangan hidup oleh lelaki pula adalah wanita yang mempunyai pekerjaan stabil dan sebaik-baiknya seorang wanita yang memegang ijazah sarjana muda..

Salah seorang ibu bapa, Ma Jianhua, 55, yang telah cuba cari jodoh untuk anaknya memberitahu China Daily 'saya mula-mula datang ke sini enam bulan lalu selepas membaca tentang aktiviti mencari jodoh di taman itu di akhbar'..

'Sejak itu saya telah datang ke sini hampir setiap hujung minggu..Pada hari-hari yang saya agak sibuk, isteri saya pula yang akan ke sini untuk mencari bakal menantu kami..
'Anak saya terlalu sibuk untuk mencari gadis sebagai pasangan hidupnya, jadi saya di sini bagi pihaknya..

Ma Jianhua berkata anak lelakinya yang berusia 28 tahun ingin mencari seorang gadis penyayang berusia antara 24 hingga 26 tahun yang memiliki ijazah sarjana muda sebagai pasangan hidup..

'Saya tahu terdapat banyak pilihan untuk mencari pasangan hidup di sini dan ini adalah satu platform yang baik. Tiada tempat lain di bandar dimana anda boleh mencari calon-calon sebagai pasangan hidup yang begitu banyak pilihan..

Mungkinkah ini cara yang terbaik untuk cari jodoh ? Like !



1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...