Friday 14 December 2012

Tanda Lahir Yang Paling Jarang Ditemui Di Dunia


Sekali pandang nampak lelaki ini seperti sebahagian badannya manusia dan sebahagian lagi pula serigala..Ia merupakan antara tanda lahir yang agak jarang ditemui..Tanda lahir tersebut jarang berlaku dan tidak lebih daripada 3 peratus sahaja daripada penduduk dunia yang mempunyai tanda lahir sebegini..Jom tengok antara tanda-tanda lahir yang paling jarang ditemui di dunia..


 Zhang Hongming dari Chongqing, tenggara China, digelar "cimpanzi." kerana tanda lahir yang wujud dibadannya sejak lahir lagi..Beliau merayu kepada doktor untuk membantu dalam membuang bulu tebal hitam yang meliputi sebahagian daripada badannya..


Ini pula seorang seorang budak lelaki bernama An Qi, berusia 8 tahun di China yang mempunyai tanda lahir yang meliputi sebelah bahagian kanan mukanya..Hospital Pembedahan Plastik di Changchun telah bersetuju untuk mengenepikan bayaran rawatan untuk membuang tanda lahir budak lelaki tersebut..Menurut pengarah hospital tersebut, Zheng Xiaoqin, sangat jarang untuk menjumpai tanda lahir yang berbulu di muka seperti kanak-kanak tersebut..


George Ashman, dilahirkan dengan tanda lahir berwarna merah terang pada dahi..Dia telah menjalani satu prosedur pembedahan untuk meregangkan kulit pada dahinya dengan membuang tanda lahir tersebut sebelum ditutup dengan tisu kulit yang baru..Proses tersebut berjalan selama 4 bulan..Akhirnya hanya kesan parut sahaja yang kelihatan pada dahinya..


Bagi budak perempuan yang berusia dua tahun Connie Lloyd, apa yang lucu tentang tanda lahirnya dimana dia mempunyai "hidung badut" sejak dilahirkan..Bagaimanapun tanda merah pada hidungnya berjaya dibuang oleh doktor selepas pakar bedah menjalankan pembedahan membuang tanda tersebut..



Seorang budak lelaki yang digelar "budak penyu" kerana ketumbuhan yang besar seperti cengkerang pada badannya akhirnya boleh berterima kasih kepada seorang pakar bedah British kerana berjaya membuang cengkerang yang merupakan tanda lahir di badannya itu....Little Didier Montalvo, mengalami Congenital Melanocytic Nevus yang membesar meliputi bahagian belakang badannya..


Kerana menyembunyikan tanda lahir berbulu yang pada mulanya kecil dibelakangnya, bulu-bulu tersebut telah berkembang sehingga ia merebak ke atas belakang badannya dan terus merebak pada lengan dan mukanya..Pakar bedah, Dr Lou Zhongquan dari Hospital Bandar Zhaoqing percaya bahawa anak gadis itu mungkin mengalami penyakit keturunan yang jarang berlaku serta ia mudah merebak di luar kawalan..



2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...