Tuesday 25 December 2012

Tengkorak "Makhluk Asing" 1000 Tahun Ditemui Di Mexico


Tengkorak "makhluk asing" berusia 1000 tahun ini temui di kawasan kubur sebuah perkampungan di Mexico baru-baru ini..Tengkorak ini mempunyai bentuk kepala yang agak pelik berlainan daripada kebiasaannya..Kelihatan sedikit lonjong di bahagian atas kepalanya..



Dipercayai 1000 tahun lalu mereka telah menjalankan satu tradisi mengikat kepala untuk melonjongkan kepala sejak dari usia kanak-kanak lagi sehingga membentuk seperti tengkorak gambaran makhluk asing..  

Bentuk tengkorak yang menyerupai bentuk kepala makhluk asing ini berbeza ketinggian dan kecondongannya untuk menentukan kedudukan dan kelas sosial si mati tersebut..

Ini menunjukkan bahawa masyarakat 1000 tahun lalu yang tinggal di kawasan tersebut mempunyai satu amalan pelik dengan mengikat kepala sehingga mengubah bentuk asal kapala dalam membezakan kedudukan diantara mereka..


'Ubah bentuk asal kepala manusia dalam kebudayaan-kebudayaan Mesoamerika dipercayai  untuk membezakan antara satu kumpulan sosial daripada yang lain selain untuk tujuan ritual,' kata ahli arkeologi Cristina Garcia Moreno, pengarah projek penyelidikan tersebut..

Perubahan ketara dari bentuk asal boleh dilihat jelas pada tengkorak si mati yang kelihatan lonjong seperti gambaran kepala makhluk asing berbeza dengan tengkorak manusia seperti lazimnya lapor media..


Reuters


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...