4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Laluan Keretapi Laju Terpanjang Di Dunia Dibuka


Klik Iklan Untuk Info



Thursday, 27 December 2012

Laluan Keretapi Laju Terpanjang Di Dunia Dibuka


Laluan keretapi laju terpanjang di dunia telah dibuka secara rasminya..Laluan sepanjang hampir 2298km dengan kelajuan keretapi laju melebihi 186 batu sejam menjadikannya sebagai laluan keretapi laju terpanjang di dunia masa kini yang menghubungkan diantara 2 buah bandar besar..!





Laluan keretapi laju tersebut mampu menjimatkan masa yang diperlukan untuk perjalanan dari ibu negara di utara ke Guangzhou, sebuah hab ekonomi di selatan China..

Keretapi laju terbaru dengan berkelajuan tinggi mampu bergerak pantas dengan masa perjalanan yang diambil kira-kira lapan jam diantara 2 buah bandar besar tersebut..

Sebelum ini, jangkamasa terpantas yang diambil antara dua buah bandar raya tersebut dengan menggunakan kereta api adalah lebih daripada 20 jam..!

Keretapi laju tersebut turut berhenti di bandar-bandar utama sepanjang jalan, termasuk ibukota wilayah Shijiazhuang, Wuhan dan Changsha lapor media..

Kerajaan China merancang untuk membina beberapa lagi grid kereta api kelajuan tinggi untuk menghubungkan timur-barat dan empat lagi laluan untuk menghubungkan utara-selatan menjelang 2020 dimana keretapi merupakan salah satu perhubungan penting dalam sistem pengangkutan di China..


YahooNews



No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist