Lelaki ini tidak mempunyai kedua-dua belah tangan kerana bom buatannya meletup suatu ketika dahulu dan dia akhirnya berjaya mencipta semula tangannya yang telah kudung itu..
Lelaki ini menghabiskan masa selama lapan tahun untuk mencipta prototaip tangan logam tersebut sehingga dia berjaya mencipta tangan logam yang mampu menggenggam dan memegang apa saja barang..
Lelaki yang dikenali sebagai Sun Jifa, 51, itu kehilangan kedua-dua belah tangannya itu apabila sebuah bom ciptaannya meletup ketika dia baru sahaja hendak meletupkan bom ikan tersebut di Guanmashan, Jilin di utara China..
Dia sangat memerlukan tangan palsu untuk meneruskan kerjanya di ladang milik keluarganya tetapi kemampuan membataskan segalanya..Hal ini menyebabkan dia mencipta sepasang "tangan baru" untuk kegunaannya sendiri..
"Saya masih hidup tetapi saya tidak mempunyai tangan dan saya tidak mampu membeli tangan palsu dari hospital, jadi saya memutuskan untuk membuat tangan palsu sendiri" katanya..
Tangan ciptaannya itu dikawal oleh pergerakan sikunya dan dia semakin berjaya menyesuaikan dirinya dengan tangan baru itu cuma kelemahan tangan barunya itu agak berat kerana diperbuat dari keluli..Tangan ciptaannya itu tidak tahan lama dan selesa untuk dipakai dimana ia sangat panas ketika terik juga sangat sejuk ketika musim sejuk katanya..
Dia merancang untuk membangunkan rekabentuk tangan ciptaannya untuk orang kurang upaya sepertinya dan pada masa yang sama mereka tidak perlu membayar kepada pihak hospital lagi pada masa hadapan..
yeah..itulah..nak seribu daya,taknak seribu dalih..dmana ade kemahuan disitu ade jln,mcm Karam Singh plak ..haha
ReplyDeletetakde tgn pn boleh bina tgn sndiri.hihi
bersyukur dengan apa dimiliki:)
ReplyDeletedaya usaha akan mendatangkan hasil. ketabahan akan memberikan kebahagiaan akhirnya.
ReplyDeleteyeah, lepas ni tak risau la nak main mercun bola...kudung, dia boley tolong buatkan... ahakz...peace..
ReplyDeleteAllahu Akbar :)
ReplyDeleteAlhamdulillah :)
ReplyDeletekagum melihat kegigihan pakcik nih
ReplyDeletewah cipta tangan sendiri..hebat..hehe
ReplyDeleteBagus org yg cmni.. :)
ReplyDeletesedihnya T_T tapi dia hati dia kuat :DD
ReplyDeleteselalunya org yang gini lebih bermotivasi. pgeww
ReplyDeletebetul selagi ada kemahuan, selagi itu ada jalan. usaha hebat walaupun tak mampu dgn wang
ReplyDeleteterernye pak cik tu..
ReplyDelete