Saturday, 18 August 2012

Garpu Tertinggal Dalam Badan Selama 10 Tahun



Garpu plastik 9 inci terperangkap dalam perut lelaki ini selama 10 tahun tanpa disedari olehnya..Garpu ini terperangkap di dalam perutnya selepas dia secara tidak sengaja menelannya pada 10 tahun lepas..



Doktor di Barnsley telah menggunakan kemera kecil untuk melihat objek "misteri" yang terdapat di dalam perut lelaki tersebut sebelum ini..


Lee Gardner, 40 tahun dikejarkan ke hospital selepas mengalami kekejangan perut dan muntah darah berlarutan..Ketika dihantar ke hospital, doktor di Barnsley amat terkejut selepas mendapati satu garpu sembilan inci telah ditemui dan garpu itu telah berada di dalam perut Lee Gardner selama lebih satu dekat.!

Imej menunjukkan kepala garpu tersebut tersangkut betul-betul di dalam perut Lee dengan pemegangnya menonjol ke arah usus kecil perutnya..Serampang garpu tersebut telah menekan lapisan perutnya hingga menyebabkan pendarahan berlaku..

Secara teknikalnya, ia merupakan satu operasi mencabar dan menarik kerana ia bukanlah sesuatu yang pernah kita lakukan sebelum ini kata pakar perunding bedah am, Hanis Shiwani..Sebelum ini duit syiling, pin, bateri adalah perkara biasa tetapi tidak untuk garpu sepanjang sembilan inci katanya..Kita boleh menghubungi Guinness World Record..!


AFP




1 comment:

  1. macam mana lah dia boleh tak perasan tertelan garpu . kita tercekik tulang pun dah menjerit . hikhookkk XD

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...