4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Pasangan Kembar Seiras Tertua Di Dunia Sambut Ulangtahun Ke-103 Tahun


Klik Iklan Untuk Info



Tuesday, 1 January 2013

Pasangan Kembar Seiras Tertua Di Dunia Sambut Ulangtahun Ke-103 Tahun


Kedua-dua orang nenek ini merupakan pasangan kembar seiras tertua di dunia kini..Mereka baru sahaja menyambut hari ulangtahun ke 103..Pasangan kembar seiras tersebut dilahirkan di Chicago pada tahun 1909..Mereka merupakan pasangan kembar seiras tertua yang masih hidup di muka bumi dunia ini..


Pasangan kembar seiras tersebut Charlotte Eisgrou dan Ann Primack tinggal di Florida dan masih lagi sihat jika dibandingkan dengan umur mereka yang sudah lanjut..Mereka tidak memerlukan alat bantuan untuk mendengar mahupun cermin mata untuk membaca !

Kedua-dua mereka terkejut selepas dimaklumkan sebagai pasangan kembar seiras tertua yang masih hidup pada umur yang ke 103 tahun..Kedua-dua mereka juga dikatakan mempunyai seorang anak lelaki..Anak lelaki Eisgrou sekarang sedah mencapai umur 71 tahun..!

"Saya tidak boleh percaya bahawa saya telah mencapai umur ini..Perkara yang terbaik ialah minda kita sentiasa tajam..Itulah satu-satunya perkara yang baik.." ujar Primack kepada ABC News..

Mereka berdua menggunakan tongkat untuk berjalan, tetapi masih sihat..Jangka hayat mereka yang panjang mungkin kerana dipengaruhi oleh sifat mereka yang sentiasa gembira dan agak lucu..

Pasangan kembar seiras Eisgrou dan Primack merupakan pasangan kembar seiras tertua di dunia, walaubagaimanapun mereka jatuh satu anak tangga kepada pasangan kembar tidak seiras iaitu Edith Ritchie dan Evelyn Middleton dari Aberdeenshire, Scotland yang merupakan pasangan kembar tertua di dunia yang lahir 39 hari lebih awal dari mereka!


No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist