Monday, 31 December 2012

Tradisi Pelik Sambutan Tahun Baru 2013 Di Serata Dunia


Di Chile, Amerika Latin, mereka beramai-ramai akan menuju ke tanah perkuburan untuk meraikan sambutan tahun baru bersama mereka yang telah meninggal dunia..Pada jam ke 23:00 @ 11 malam, mereka semua akan berkumpul di tanah perkuburan dengan diterangi oleh cahaya lampu dan lilin serta iringan muzik-muzik klasik..Pelik, mereka percaya bahawa si mati sedang menunggu untuk meraikan sambutan tahun baru bersama-sama mereka ! Sama juga dengan sambutan tahun baru 2013 ini..



Juga di Amerika Selatan, masyarakat Ecuador percaya dengan membakar orang-orang sawah menggunakan  api, segala nasib-nasib buruk mereka selama ini akan terhapus..Pembakaran akan dilakukan pada tepat jam 00:00 tengah malam dalam pertukaran kepada tahun baru 2013 nanti..Dikatakan dengan melakukan pembakaran orang sawah tersebut, nasib yang baik, kebahagiaan akan menjelma pada tahun baru..


Sementara itu, di Scotland, mereka akan meraikan satu festival turun-temurun dimana peserta lelaki dewasa akan berjalan sambil membawa api untuk mengelilingi jalan-jalan raya di bandar-bandar besar..Mereka percaya bola-bola api tersebut dipercayai sebagai sebuah pengharapan kembalinya matahari musim panas agar musim sejuk cepat berlalu..


Tradisi pelik masyrakat di Denmark pula dimana mereka akan meraikan sambutan tahun baru 2013 dengan memecahkan pinggan mangkuk di hadapan pintu rumah jiran tetanggga untuk mendapatkan nasib yang baik pada tahun yang akan datang ini..Siapa yang paling banyak memecahkan pinggan mangkuk di depan rumah jirannya, dialah yang akan mendapat nasib yang paling baik..!


Masyarakat di Mexico pula mempunyai kepercayaan bahawa malam sebelum tahun baru merupakan saat yang paling tepat untuk berkomunikasi dengan roh-roh orang yang sudah meninggal dunia..Ritual pada malam sebelum sambutan tahun baru itu dijalankan dengan melakukan satu upacara khas untuk memanggil roh-roh orang yang telah meninggal dunia yang dikatakan akan memberitahu mereka tentang nasib-nasib yang akan berlaku pada masa akan datang..


Masyarakat di Filipina pula percaya bahawa dengan memakai pakaian yang mempunyai titik-titik hitam (polka dot) dan mengelilingi makanan yang berbentuk bulat pada malam sambutan tahun baru, akan memberikan si pemakainya sebuah kemakmuran dan kekayaan..Titik-titik tersebut dikatakan sebagai lambang syiling yang akan memberikan kekayaan kepada mereka..


Di Brazil pula memakai pakaian dalam yang bewarna-warni mampu memberikan nasib yang baik kepada si pemakainya..Kepercayaan tersebut dikatakan menjadi budaya bagi masyarakat Amerika Latin untuk menghadapi malam tahun baru..Keutamaannya diberikan kepada pakaian@underwear yang mempunyai warna terang seperti merah dan kuning..! LoL..

 Entri Berkaitan: Ritual Pemujaan Syaitan Dan Iblis Yang Agak Ngeri 

p/s: selamat tinggal tahun 2012, selamat menyambut tahun baru 2013..!
-Unikgaul-


2 comments:

  1. mcm2 tradisi smbut tahun baru neyh . as a Muslim kita smbut Awal Muharam :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...