Monday, 4 February 2013
Misteri Hamparan Bebola Ungu Di Tengah Gurun Arizona
Agak mengejutkan bagi penduduk yang tinggal di sekitar Gurun Arizona apabila mereka menerima berita tentang terdapat penemuan aneh berupa seperti hamparan bewarna ungu di tengah-tengah Gurun Arizona yang tidak dapat dipastikan apakah ia sebenarnya..
Ditemui oleh seorang wanita bernama Geradine Vargas yang sedang berjalan-jalan di gurun tersebut bersama-sama suaminya ketika itu..Mereka kemudian mengambil gambar hamparan berwarna ungu itu kerana berasa aneh dan tak pernah melihatnya sebelum itu.."Benda itu berkilauan ketika terkena pancaran cahaya matahari," ujar Geradine..
"Kami mengirimkan email pada seorang rakan yang juga merupakan seorang Zoologist tapi dia juga tidak mengetahui itu tentang benda aneh tersebut," kata Geradine kepada reporter KGUN-9. "Dia tidak mengenali tentang benda itu' katanya..
Sementara itu seorang pengarah dari Tucson Botanical Gardens, menganggap bahawa hamparan ungu yang kelihatan seperti bebola itu terjadi secara semulajadi.."Ia sebenarnya merupakan lendir atau jeli," katanya..
Sementara itu ada pula sumber yang menyatakan benda pelik itu adalah buatan manusia yang diisi air untuk membuatkan tanaman sentiasa lembab..Bagaimanapun masih belum dapat dipastikan kenapa dan apa tujuan sekiranya benar ada manusia yang meletakkan ribuan bebola tersebut di Gurun Arizona itu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cantik bila kena matahari. bersinar sinar
ReplyDelete