Tuesday 19 March 2013

Pasangan Bahagia: Wanita Ini Kahwin Lima Orang Lelaki



Wanita ini mempunyai lima orang suami dan dia tidur dengan setiap suami yang berbeza setiap malam..Kelima-lima orang lelaki yang berkahwin dengan wanita itu hidup sebumbung dan bahagia bersama pasangan mereka iaitu isteri yang mereka kongsi bersama itu..



Rajo Verma, 21, juga tidak pasti mana satu bapa kepada anaknya yang kini sudah berusia 18 bulan.."Pada mulanya ia berasa sedikit janggal," katanya kepada akhbar The Sun..

Verma berkahwin dengan suami pertamanya iaitu Guddu dalam sebuah perkahwinan Hindu yang diatur empat tahun lalu dan selepas itu dia berkahwin pula dengan Baiju, Sant Ram, Gopal dan Dinesh..

Suaminya yang bernama Baiju, 32, adalah yang tertua dikalangan suaminya yang lain manakala Dinesh yang merupakan adik lelaki bongsunya yang berusia 19 merupakan suaminya yang termuda..

"Kami semua melakukan hubungan intim suami isteri tanpa perasaan cemburu antara satu sama lain," kata Guddu.."Kami satu keluarga besar yang bahagia" katanya yang hidup bersama disebuah rumah di India..


Verma berkahwin dengan adik-beradik lelakinya kerana mengikut tradisi purba yang dipanggil Poliandri..

"Ibu saya juga telah berkahwin dengan tiga adik-beradik lelakinya jadi apabila saya berkahwin, saya tahu saya terpaksa menerima semua mereka sebagai suami saya," katanya..

"Saya tidur dengan suami yang berbeza setiap malam..Kami tidak mempunyai katil, hanya guna selimut di atas lantai".."Saya mendapat lebih banyak perhatian dan kasih sayang daripada semua suami"..ujar pasangan bahagia tersebut..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...