Thursday 21 March 2013

Apa Yang Berlaku Dalam 1 Minit Di Internet Sekarang Ini?


Pernahkah anda terfikir apa yang sedang berlaku di internet @ alam maya sekarang ini..? Apa yang sedang dilakukan oleh orang lain yang turut sama sedang melayari internet..? Adakah mereka sedang menonton klip video di You Tube ataupun sedang melayari Twitter dan Facebook ? Jom tengok apa yang sedang dilakukan oleh orang lain dalam masa satu minit ini menurut kajian..



Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Intel, mereka mendapati bahawa dalam tempoh hanya seminit sebanyak 204 juta emel dihantar, 47,000 aplikasi telah dimuat turun dan peruncit terkemuka Amazon sedang menerima tempahan jualan sekitar lebih £55,000..! Sementara itu, lebih kurang 20 juta gambar dan 6 juta halaman Facebook sedang dilihat oleh pengguna internet seantero dunia..

Flickr pula menyaksikan sebanyak 3,000 gambar yang sedang dimuat naik, lebih 61,000 jam muzik dimainkan di Pandora, sebanyak 1.3 juta klip video pula ditonton di YouTube dan hampir 640,000Mb data ip global dipindahkan dalam masa satu minit di internet..

Kajian ini juga menunjukkan dimana data tersebut akan berkembang secara mendadak pada masa hadapan berikutan penambahan bilangan peranti rangkaian (network device) yang bertambah sehingga dua kali ganda bilangan penduduk dunia pada tahun 2015..


Intel.com


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...