Friday, 22 March 2013

Mayat Tokoh Pemimpin Dunia Yang Di Awet Untuk Tontonan Rakyat



Beberapa mayat bekas pemimpin dunia yang tak reput setelah di awet dan diletakkan ke dalam keranda kaca untuk dijadikan tontonan umum kepada rakyat sebagai mengenang jasa dan pengorbanan yang pernah dilakukan oleh mereka sewaktu hidupnya..


Mao Zedong : China
Gambar yang diambil pada 1977 ini menunjukkan mayat bekas pemimpin China yang diawet, Mao Zedong setahun selepas kematiannya pada 9 September 1976..Mayat pemimpin Parti Komunis China ini masih lagi dalam keadaan elok dan boleh dilihat di dalam keranda kaca di Tiananmen, Beijing, China..

Vladimir Lenin (Vladimir Ilyich Ulyanov) : Soviet Union 
Mayatnya mula diawet dan dipamerkan kepada umum selepas kematiannya pada tahun 1924 dan masih lagi ditempatkan di Lapangan Merah, Moscow, Russia hingga kini untuk dipertontonkan kepada masyarakat.. 

Ho Chi Minh : Vietnam
Bekas pemimpin Vietnam yang namanya diabadikan pada sebuah kota besar (Ho Chi Minh City) yang terkenal di Vietnam..Myatnya disimpan di dalam peti kaca untuk tontonan umum selepas kematiannya pada 1969 dan menjadi antara objek yang popular untuk tontonan pelancong..

Kim IL Sung : Korea Utara
Mayat mendiang bekas pemimpin Korea Utara yang diawet ini diambil selepas kematiannya pada 1994 masih tersimpan rapi di Kumsusan Mausoleum di Pyongyang dan masih lagi diziarahi oleh rakyat Korea Utara yang menganggapnya sebagai pemimpin besar sehingga kini..

Kim Jong IL : Korea Utara
Bekas Presiden Korea Utara yang juga anak kepada Kim Il Sung (gambar atas) juga bapa kepada Kim Jong Un (Presiden Korea Utara sekarang) juga disemadikan dengan diawet serta di pamerkan kepada umum..Kesemua bekas presiden Korea Utara yang telah meninggal dunia akan diawet dan dipamerkan di Kumsusan Memorial Palace dimana mayat pemimpin yang disanjungi rakyatnya boleh dilihat oleh generasi akan datang..

Hugo Chavez : Venezuela
Mayat pemimpin Venezuela, Hugo Chavez diletakkan di dalam peti jenazah di Caracas selepas kematiannya pada 5 Mac 2013 lalu..Mayat mendiang turut di awet untuk dipertontonkan kepada rakyat sebagai menghormati jasa dan pengorbanannya semasa hidup sewaktu bergelar Presiden Venezuela..



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...